Omegay: Negara Berkebajikan bermakna jilat ludah sendiri!


Kerajaan Pas Kelantan kaji tambah lesen arak - Takiyuddin

29/06/2011 9:34pm

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.

"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini.

Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, kerajaan Pas Kelantan menerima notis saman pemula yang difailkan tiga peniaga terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) kerana mengharamkan penjualan tiket loteri kebajikan. - Bernama


kehkehkeh dari negar! a islam ke negara berkebajikan..dan Pas kali ini betul2 ingin menterjemahkannya!. kalau sebelum ni kelantan bermegah2 dengan status negeri serambi mekah, sering menuduh BN tak islamik, tak menurut perintah al-quran..nah sekarang diorang terpaksa la meludah ke muka sendiri!

Kerana arak, Pas terpaksa melutut juga. Sekarang baru Pas tau kenapa BN masih di terima rakyat dari pelbagai kaum. Dasar2 BN selama ni dah cukup berkesan dalam menangani pelbagai permasalahan rakyat yang berbilang kaum sekaligus memastikan keseimbangan dalam apa jua konteks yang membabitkan kepentingan semua kaum. malangnya Pas baru nak sedar!

Dulu sebelum Pas bersekongkol dengan DAP, memang sombong bongkak!. kerap mengugut kerajaan supaya tutup pusat perjudian, permis arak..atau mereka akan laksana hudud!..itu duluuuu. tapi sekarang bila dah berciom molot dengan DAP, sujud di kaki kit siyal, semua larangan di tarik balik.

Malahan lesen penjualan arak akan di perbanyakkan supaya kerajaan negeri di lihat sudah melaksana 'kebajikan' seperti yang di janjikan. Lepas ni mungkin tokey pusat2 rumah urut, nombor ekor pun akan meminta kerajaan negeri memberikan lesen serupa...Negeri Berkebajikan PAS 4 ALL!

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA