Omegay: benarkah Johor bukan lagi kubu kuat BN??



Perjumpaan tertutup MKN bersama NGO-NGO Melayu Johor
Johor Bahru, 24 Jun 2011

PERKASA Johor menghantar 100 orang ahli PERKASA seluruh negeri ke perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain. Majlis taklimat ini dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan penasihat Agama kerajaan Johor YB Dato; Noh Gadut.

Taklimat oleh Setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor. MKN mengandaikan dengan perkembangan semasa, jika PRU 13 yang berlaku pada hari ini Johor akan dilanda tsunami politik baik di kerusi Parlimen mau pun DUN.

MKN menjangkakan dengan sokongan 80% sokongan pengundi Cina kepada Pakatan pembangkang dan perpecahan undi di kalangan orang Melayu 15 kerusi Parlimen berpotensi untuk jatuh ke tangan pembangkang sementara 11 kerusi Parlimen saja yang kekal di tangan BN termasuk parlimen Pagoh iaitu kerusi Parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Johor akan kekal ditangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya 2 kerusi. Katanya lagi, ianya berdasarkan pertambahan pendaftaran pengundi baru yang galak dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP. Masih ada 78 000 orang Melayu yang sudah layak mengundi masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Daripada jumlah itu, 73 000 ahli-ahli UMNO masih belum mendaftar. - Klik sini


Memang menggerunkan perangkaan yang di dedahkan oleh pihak MKN mengenai situasi politik di Johor. Selama ini Johor di anggap sebagai kubu kuat BN di semenanjung. tapi senario politik semasa semakin berubah.

Disebabkan dasar keterbukaan media yang di benarkan oleh kerajaan sekarang, kini rakyat terdedah dengan pelbagai dakyah yang di bawa oleh pihak pembangkang. Itu pun mereka masih tak berpuashati!..hak melayu semakin tergadai manakala hak kaum lain terus di pertahankan. Kalau melayu dah jadi gunting dalam lipatan, apa lagi hak melayu yang mampu di pertahankan lagi??

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE