SHAER DAN SAJAK UNTUK BERSIH
SEDERAP KITA BERSAMA
BERSIH 2.0 : SASTERWAN NEGARA SAMAD SAID JUGA DIPANGGIL POLIS : minsider
Sasterawan Negara A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
The Malaysian Insiderdifahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.
Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.
UNGGUN BERSIH A.SAMAD SAID
Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita demokrasi luka;
lama duka kita demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. samadsaid.wordpress.com
LASKAR KUNING ITU KEMBALI LAGI adam adli
Laskar kuning itu kembali lagi,
Menyelesaikan apa yang tak sudah;
Menumbangkan yang zalim, mengembalikan yang adil.
Laskar kuning itu kembali lagi,
Membawa tekad suara sejagat,
Mengembalikan yang hak, memulangkan yang hakiki.
Laskar kuning itu kembali lagi,
Tua muda tiada beza,
Hitam dan putih pun bukan temboknya.
Turun! Turun! Turun!
Hapus! Hapus! Hapus!
Undur! Undur! Undur!
Bersih! Bersih! Bersih!
Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini tangisan berjuta rakyat m! ulia.
Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini teriak anak muda pejuang bangsa.
Balik! Balik! Balik!
Blah! Blah! Blah!
Henti! Henti! Henti!
Kotor! Kotor! Kotor!
Rengek ini bukan dari hati,
Rengek dari wang dan habuan.
Rengek ini bukan dari akal,
Rengek ini dari mata yang buta; telinga yang pekak.
Esok, andai dunia masih yang sama,
Esok, andai dusta masih yang tula,
Laskar kuning itu pasti kembali lagi!
TUA MUDA SAMA BELAKA
Comments