Omegay: Dinsmen marah Seniman tak ikut kehendaknya



Seniman Paksi Rakyat (Paksi) kesal dengan sikap segelintir seniman yang tidak bangkit membantah tindakan polis menyoal siasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kelmarin berhubung Himpunan Bersih 2.0.

Kelmarin, Samad disoal siasat hanya kerana membaca puisi Unggun Bersih pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara.

Presiden Paksi, Che Shamsuddin Othman atau dikenali Dinsman berkata, beliau sedih apabila seniman lain hanya membiarkan Samad diperlakukan sedemikian.

Kalau orang biasa itu, tiada masalah tetapi ini sasterawan sendiri. Mereka sudah ada nama. Kenapa tidak bangkit membantah? katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Che Shamsuddin juga berkata, seniman-seniman lain seharusnya mempertahankan Samad.

Jelasnya, beliau merupakan aset dan khazanah yang perlu dimuliakan serta dibanggakan.

Dia tidak patut dipersoalkan, ujarnya lagi.

Walaupun saya mengharapkan kawan-kawan lain ikut sama pertahankan Samad, tetapi jika mereka tidak terima, itu hak mereka, kata Shamsuddin lagi.

Sementara itu, Samad berkata, beliau tidak mengharapkan apa-apa daripada seniman dan sasterawan lain.

Saya tidak kisah mereka tidak membantah. Kalau perjuangan mereka selari dengan saya, mereka memberi sokongan. Jika tidak, tidak mengapalah, katanya.

!

kesiann sasterawan negara pun terpaksa jadi mangsa liwat!. sepatutnya dia boleh perjuangkan karya2 agung untuk membentuk minda anak2 muda ke arah nilai2 murni. tapi oleh kerana mengejar kemasyhuran, semua tu di tolak ketepi

Memang dia berhak nak meluahkan ketidakpuasan hati melalui syair, puisi atau apa saja tapi perlukah mereka menjebak seniman lain untuk turut serta menyokong ideologi sempit? perlukah Dinsman mengheret seniman yang benar2 ikhlas memertabatkan karya seni hanya semata2 nak memenuhi kepentingan individu tertentu?

Kerajaan dah lama mengiktiraf sumbangan samad terhadap dunia kesasteraan sehingga di angkat menjadi sasterawan negara. sudah tentu sumbangan beliau tak di sia2kan hinggakan koleksi karya beliau di jadikan bahan rujukan di sekolah2 dan Universiti

Itu bermakna kerajaan tak pernah melupakan jasa2 beliau. tapi beliau lah manusia yang mudah melupakan segala2nya setelah mendapat apa yang di hajati. lumrah manusia. bila dah terkenal mula nak besar kepala. bila tak sehaluan, mula anggap orang di sekeliling tak memperdulikannya lagi sedangkan dia yang membuat persepsi sendiri.

udah2 le tu Dinsman. tak perlu nak menangguk di air keruh. biarlah Seniman dan samad menentukan haluan masing2...jangan nak jadi batu api!

p/s: sepatutnya Dinsman marah kat Joe Pandikutti yang terang2 menghina dan mengheret nama seniman agung allahyarham Tan Sri P Ramlee ke kancah politik jumud!

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE