KENYATAAN RESMI




MANGSA SPRM




PEMBENTUKAN SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA UNTUK SARBAINI

Saya ingin menyokong permintaan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed agar dibentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kematian beliau ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi kematian mendiang Teoh Beng Hock ketika siasatan SPRM memperkuatkan lagi hujah agar siasatan bebas dan berwibawa dapat dibuat terhadap kematian Allahyharham Sarbaini.

Ini ditambah pula dengan pendedahan mendalam yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam blognya.

Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock telah mendapati pegawai-pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian mendiang.

Polis Di Raja Malaysia telah menolak sebarang tindakan terhadap tiga orang pegawai SPRM yang dinamakan di dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock, Hishamuddin Hashim, Mohamad Anuar Ismail and Mohd Ashraf Mohd Yunus memandangkan polis menganggap mereka tidak menyalahi sebarang undang-undang dan bergantung kepada siasatan dalaman SPRM. Pun begitu SPRM hanya menggantung ketiga-tiga individu tersebut.

Sebenarnya mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan iaitu homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh (culpable homicide not amounting to murder) dan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Balu Allahyarham Sarbaini, Maziah Manap juga mengadu bahawa laporan polisnya mengenai kenyataan pegawai SPRM Abdul Ghani Ali yang mengatakan kakitangan SPRM yang bertanggungjawab dalam kematian Allahyarham tidak disiasat sehingga ke hari ini.

Bagaimanakah pengumuman penubuhan Jawatankuasa Eksekutif! Transfo rmasi SPRM dapat mengembalikan imej dan kewibawaan SPRM apabila jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri? Memandangkan isu ini isu serius yang sudah timbul berkali-kali, nyata sekali siasatan dalaman bukanlah penyelesaiannya. Seperti kata pepatah Inggeris, who will guard the guards?

Harus diingat permintaan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock juga memakan masa yang lama dan hanya selepas keputusan Koroner yang tidak muktamad dan tekanan politik barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhannya.

Saya juga berharap kerajaan dapat mengambil serius laporan-laporan Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja yang ditubuhkan selama ini dan tidak menjadikannya hanya sebagai public relations exercise yang akhirnya tidak dihiraukan seperti Suruhanjaya Di Raja Video Klip Lingam, Reformasi Polis dan kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis.

Justeru, hanya siasatan yang bebas, telus dan adil dapat membersihkan nama Allahyarham Sarbaini yang difitnah selama ini serta memastikan satu lagi tragedi malang seperti Teoh Beng Hock dan Sarbaini tidak berulang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT
merangkap
AHLI DEWAN UNDANGAN SERI SETIA




RAKYAT JADI GERAM JADI MARAH




Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE