Omegay: 2 tahun berlalu - sempat kongkek chinadoll >|D
Menurut Khairul Azam dalam perundangan Anwar berhak untuk menemubual saksi-s! aksi yan g ditawarkan oleh pihak pendakwa, namun ianya harus mengikut prosedur yang betul dan perlu perbincangan di antara pihak peguam Anwar dengan pihak pendakwa raya.
Anwar tidak boleh letak syarat macam-macam mengikut kehendak dia. Najib adalah Perdana Menteri. Beliau mempunyai jadual kerjanya yang tersendiri. Begitu juga Rosmah, isteri Perdana Menteri.
Sepatutnya, urusan mendapatkan keterangan daripada mereka berdua diuruskan melalui perbincangan antara peguam Anwar dengan pihak pendakwa. Sekarang baru nak pohon surat kepada mahkamah, sedangkan sebelum ini, sudah hampir dua tahun, Anwar dakwa nak heret Najib dan Rosmah ke mahkamah.
Maknanya sebelum ini tidak ikut prosedur, cakap, hentam kromo di pentas-pentas politik untuk malukan Najib dan Rosmah ? Apa tujuannya ?, soalnya.
Katanya, jika Anwar ikhlas dan tidak mempunyai niat jahat, sepatutnya Ketua Umum tidak meletakkan syarat untuk menyulitkan keadaan yang dilihat sebagai mencari alasan.
Tidak perlu digembar-gemburkan dan dijadikan modal politik, letak syarat mahu jumpa hanya di sekian-sekian tempat, kalau tempat lain tidak mahu.
Sedangkan ada ruang lain lagi yang boleh diselesaikan secara bersama. Malah soal siasat saksi bukan bererti pertemuan fizikal. Boleh dibuat mengikut kaedah lain, katanya.
Menurut Khairul Azam, kategori saksi pelbagai peringkat. Ada saksi penting dan ada saksi kurang penting.
Katanya, saksi penting dalam peringkat pembelaan Anwar adalah mereka yang terlibat sepertimana masa, tarikh dan tempat kejadian sepertimana pertuduhan tersebut.
Sepatutnya Anwar sendiri boleh beri keterangan dulu. Sebab dia saksi paling penting sebagaimana yang dituduh. Selepas dirinya sendiri, barulah dikemukakan alibi-alibinya yang membuktikan dia tidak ada semasa kejadian dalam pertuduhan itu.
Mohd Saiful juga saksi penting, kalau dia ada hujah nak patahkannya. Begitu juga dengan doktor-doktor yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful dan hujahnya diterima pakai dalam mahkamah.
Najib dan Rosmah! , saksi penting ke ? Soalnya. Adakah Najib dan Rosmah ada masa kejadian sepertimana dalam pertuduhan itu ?, soalnya lagi.
Menurutnya, dalam perbicaraan mahkamah, peguam Anwar, Karpal Singh berkali-kali memohon kepada mahkamah agar dibuang semua keterangan saksi pihak pendakwa yang menceritakan tentang kejadian kes liwat selain dari 26 Jun 2008.
Katanya, Karpal menegaskan sepatutnya pihak pendakwa hanya memfokuskan tentang tarikh, masa dan tempat seperti kertas pertuduhan dan tidak perlu menceritakan kes liwat di Hong Kong, Singapura dan Thailand kerana ia di luar skop pertuduhan.
Dalam konteks ini, Najib dan Rosmah ada atau tidak pada tarikh, tempat dan masa dalam skop kertas pertuduhan tersebut ?.
Dalam hujah penutup, Karpal sendiri mengakui Anwar dan Saiful berada di kondomium itu. Mereka berdua-duaan, pakai tuala. Tiada saksi lain selain dari mereka berdua. Ini pengakuan Karpal. Lepas itu Karpal turut mengakui Saiful makan karipap bersama Anwar. Cuma Karpal pertikai kenapa Saiful tidak lari atau menjerit minta pertolongan saja.
Bermakna, Karpal sendiri mengaku hanya Anwar dan Saiful berada di tempat, masa dan tarikh kejadian. Karpal juga mengakui tiada peranan Najib dan Rosmah sepertimana dalam kertas pertuduhan itu.
Jadi, sekiranya Karpal sendiri membuat pengakuan itu, tetapi Anwar pula sibuk mahu memanggil orang lain yang tiada semasa kejadian, maksudnya apa ?, katanya.
Menurutnya lagi kemungkinan besar tujuan Anwar memperbesar-besarkan nama Najib dan Rosmah bertujuan untuk mengaitkan dengan teori konspirasi.
Kalau nak kaitkan dengan konspirasi, kenapa Karpal tidak memasukkan hujah konspirasi semasa hujah penutupnya sebelum Anwar diarahkan mahkamah untuk bela diri ?
Atau semua ini sekadar alasan untuk menangguhkan kes lagi ?, soalnya lagi.
Comments