Omegay: Tragedi Norway - Revolusi Malaysia ape saje boleh jadi
"Gay rulezzz" >|D
Seorang lelaki rakyat Norway berusia 32 tahun dikenali sebagai Ander Behring Breivik didakwa hari ini selepas dikenal pasti sebagai penyerang dalam dua serangan berkembar yang mengakibatkan 92 maut di Oslo, semalam.
Breivik ditahan oleh pasukan polis khas di Pulau Utoya, barat Oslo selepas dipercayai menyerang kem belia yang dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. - Utusan Malaysiaku sayang
Dunia di kejutkan dengan kejadian pengeboman dan pembunuhan dahsyat di Norway baru2 ni. Jumlah mangsa yang terkorban juga cukup tinggi. Tapi yang lebih mengerikan kejadian ini berlaku di Norway, sebuah negara yang di anggap antara negara yang paling aman di eropah. lihat ranking terbaru di bawah
Tidak seperti Malaysia yang mempunyai akta ISA, Norway tiada satu pun kerangka atau pengubalan akta bersepadu khusus untuk melindungi rakyat mereka dari kejadian sebegini. sebaliknya mereka menggunapakai undang2 yang sedia dan meletakkan beban tanggungjawab kepada rakyat mereka sendiri atas nama kebebasan. klik sini
Kejadian tersebut memang di luar dugaan. sape sangka ada di antara rakyat mereka sendiri sanggup melakukan perbuatan kejam. Lihat pula kedudukan Malaysia (19). kita tak jauh dari ranking negara Norway. Persoalannya..mampukah kita pertahan kedudukan tersebut?
Adakah kita memperlajari sesuatu dari kejadian yang menimpa negara Norway? Sejauh mana Malaysia mampu pertahan, ianya bergantung kepada persekitaran dan lankskap politik semasa. Malangnya masih ada pihak2 totok yang merasakan keselamatan negara tak begitu penting. konon2 undang2 yang sedia ada sudah memadai.
ISA, seperti kita memakai baju di luar dan singlet di dalam. baju berfungsi melindungi seluruh badan dari cuaca panas atau sejuk manakala singlet bertindak sebagai penyerap peluh dan mencegah badan berbau.
Di sini faktor utama adalah PENCEGAHAN. cegah sebelum parah. Namun masih ada segelintir manusia yang tak mahu mencegah sebaliknya mahu melihat negara dalam keadaan parah!. Kalau boleh nak tengok malaysia lebih parah dari Norway.
ISA menjadi igauan kepada pembangkang kerana keberkesanan akta tersebut berjaya mencegah negara menjadi seperti negara Norway. kerana itu ISA dijadikan modal kempen secara berterusan oleh mereka2 yang tak mahukan keamanan.
Mereka akan menggunakan segala helah demi memastikan pertahanan utama negara 'di bogelkan' selaras dengan a! genda 'd emokiasu' pembangkang...harkk ptuihhh








Comments