Omegay: Menegakkan fahaman wahabi!...harkkk ptuih!
pandang aku - bagaimana pula dengan pihak sekolah yang mengadakan solat hajat dan berdoa supaya anak2 murid mendapat keputusan yang baik. kesian kat mak bapak yang sanggup amik cuti semata2 nak bersama2 dengan anak2 mereka bersolat hajat jemaah dan menyertai jemaah2 yang lain. bukankah solat berjemaah (walaupun solat hajat) itu satu perkara yang baik!
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap ulama-ulama muda, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.
Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.
Asri dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.
Sehubungan itu, Asri (gambar) berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.
Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini. - TheMalaysianinsideanuvajiiass
di bawah ada artikel yang di petik dari: http://al-ghari.blogspot.com/
wajib di baca! >:]
Mem! iliki sa rjana Hadith bergelar Doktor @ bekas Mufti bukanlah boleh dijadikan lesen untuk menipu masyarakat. Menipu tetap haram sekalipun ia dilakukan secara profesional. Jika menggunakan nama agama..ia boleh diistilahkan sebagai 'haram jadah'. Demikianlah situasi tipu daya yang dilakukan Dr MAZA.
Buktinya, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis. Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang."'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini."Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk. Lihat: http://www.malaysiakini.com/news/113886
Sanggahan :
1) Semua alim ulamak dan cerdik pandai dulu dan kini mengakui bahawa Perlis mengikuti metodologi Wahhabiy hasil usaha gigih Bekas MBnya dan Dr MAZA. Lihatlah bukti dibawah. Jika Perlis bukan Wahhabiy, kenapa perlu dipromosi pemikiran Muhammad Abdul Wahhab ke seluruh negara? Kenapa diundang tokoh-tokoh Wahhabiy sedunia utk membentangkan kertas kerja pada seminar berkenaan. Tambahan pula, seminar ini dibuat sewaktu 'penjajahan' beliau sebagai Mufti Perlis. Bukankah dakwaan Dr MAZA satu pembohongan?
2) Kenyataan 'Sunnah Perlis' adalah 'kaum muda' dan bukan wahhabiy juga satu kekeliruan untuk memerangkap masyarakat. Memandangkan Dr MAZA tidak menguasai disiplin ilmu akidah & pemikiran Islam, maka beliau tidak mampu menjustifikasi! kan keti ga-tiga istilah berkenaan. Sebenarnya, istilah berkenaan membawa satu maksud sahaja. Hal ini boleh dibuktikan dgn kenyataan bekas MB Perlis sendiri yang mendakwa 'Perlis tidak mengamalkan bacaan yasin mlm jumaat, tahlil, kenduri arwah, doa qunut, talkin, wirid & berdoa beramai2 selepas solat DLL...kerana didakwa bid'ah sesat' kerana ia bukan dari amalan Nabi SAW. Sedangkan bila diteliti secara akademik amalan diatas mempunyai dalil-dalilnya. Ia telah dibincang para ulamak muktabar di dalam kitab2 mereka dlm permasalahn furuk. Cumanya mereka berkhilaf pandangan dan berlapang dada mengenainya. Namun, bila wujudnya golongan ini, terus dihukum bid'ah sesat bagi sesiapa yang melakukannya. Sunnah apa ni? Inilah metodologi Sunnah Wahhabiy. Tak mengaku takpa. Tapi justifikasi dibuat berdasarkan metodologi. Ternyata, ada persamaan kan?
3) Jika tuan/puan meneliti buku yang ditulis Dr MAZA (dibawah) ini, tuan/puan akan mendapati bahawa metod pemikiran Dr Asri sama dengan Wahhabiy dalam 'menyesatkan' umat Islam menyambut hari Keputeraan Nabi SAW. Bahkan beliau menganggap umat Islam 'sama' dengan kristian kerana menyambut hari kelahiran berkenaan. Na'uzubillah.
Buku ini sebahagian dari bukti pemikiran Dr MAZA = pemikiran Wahhabiy.
4) Satu lagi bukti antara bukti Wahhabiy aktif di Perlis ialah tentang :Kuliah Akidah yang disampaikan oleh Ustaz Abu Islam Fathul Bari;Tempat: Masjid Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis, Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Masa: 11.30 pagi - 1.00 tgh hari, Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu). Kuliah ini akan memanfaatkan ilmu dari kitab Tiga Landasan Utama (Usul Tsalasah) karya Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Apa semua ini?
Kesimpulannya, berdasarkan bukti2 yang dikemukakan di atas maka sahlah dr Asri dan pengikut2nya mengembangkan fahaman Wahhabiy di Perlis. Untuk ...tidak dituding kesalahan dengan fahaman keras dan sejarah hitam Wahhabiy yang membunuh umat Islam, ma! ka istil ah 'Sunnah' @ Salafi diketengahkan. Hakikatnya, walau tampil dengan jenama yang berbeza, doktrin ini gemar membid'ah dan menyesatkan ummat Islam walau hanya berkhilaf isu-isu kecil agama. Paparan ini juga membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, mereka-reka cerita dan kesaksiannya perlu ditolak sama sekali.
Apatah lagi untuk menjawat jawatan sebagai YDP YADIM yang baru. Menurut sumber terdekat, Dr MAZA menggunakan orang politik bagi melobi dirinya sebagai YDP YADIM bg menggantikan Dato Nakhaei. Khabarnya Menteri Agama dah setuju. Dan surat melapor diri pada 15hb Okt lalu telahpun dikeluarkan. Namun, perlantikan ini dibantah hebat hampir keseluruhan NGO Islam kecuali NGO Wahhabiy dan Liberal. Khabar sahih juga disebutkan bahawa YD Agung juga murka dengan situasi ini. Bagi saya, jika Dr MAZA dilantik untuk penambahbaikan umat ini tidak mengapa. Tetapi, jika beliau masih berkeras dengan metod pemikirannya..bencanalah umat ini. Beliau tidak sepatutnya melobi. Beliau juga bukanlah seorang yang berkelayakan untuk jawatan itu kerana biografinya berada dikoordinat Jarh. Orang yang mempunyai rekod Jarh (buruk) tidak layak diberi jawatan @ menerima jawatan. Maka berhati-hatilah dengan penipuan atas nama agama dan jawatan. Sedarlah wahai kaum bangsaku. Selamatkanlah akidahmu.
Comments