DUIT ZAKAT PUN GEROMBOLAN REMBAT
DI YAHOO
KLIK DISINI:
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/mahathir-bukan-cerdik-sangat-ku-li-044503213.html
MANA SUARA MUFTI ZAKAT BIAYAI GUAMAN MENTERI - harakah daily
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.
Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.
"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.
"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, tindakan Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali selur! uh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu
RUMAH PENYAMUN MELAYU
DARI FACEBOOK ZUNAR
Mungkin kerana kemiskininan membolehkan menteri jaga agama Datuk Jamil Khir Baharom keluarkan wang zakat MAIWP RM63,650 untuk biaya kos guaman peribadinya. Tengoklah betapa daifnya rumah beliau di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh ni
Comments