Omegay: Pasal kebebasan bersuara anuwar style..pas makin melingkop! >|D
Kisah Datuk Dr Hasan Ali balon sakan organ partinya sendiri,Harakah telah membuka satu lagi pekong yang selama ini terpendam.
Ini satu cerita sudah lama menjadi bahan sok sek dikalangan pimpinan dan ahli parti itu...cuma tidak siapa setakat ini yang berani letupkan bab itu secara terbuka.
Ikut cakap 'orang dalam' sebenarnya politiking dalam PAS ' sama naik' dengan mana-mana parti politik - baik UMNO dan komponen BN maupun di sebelah pembangkang.
Cuma mereka yang tahu cerita dalaman dan megikuti secara rapat parti ini sahaja dapat mencium silat dan kuntau mereka.
Dalam sidang akhbarnya Jumaat lalu ,Dr Hasan telah membongkar bagaimana satu interbiu Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berhubung isu gereja DUMC yang beliau perjuangkan kena pengap yakni tidak disiar.
Kalau spiritual leader PAS nombor dua selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat 'kena main' begitu apa lagilah ikan bilis seperti Dr Hasan sendiri. - Agendadaily
erdogan dah cengkam pas sampai ke akar..hanya golongan ulama jek yang mampu mengubahnya..itu pun kalau mereka mampu lerr huhuhu
Comments