Omegay: Dap berak Pas cuci..Dap berak Pas cuci..
DAP Selangor berpendirian, tidak akan campur tangan dalam isu melibatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang mengeluarkan kenyataan mempertikai perjuangan Pas.
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu berkata, walaupun DAP merupakan rakan komponen Pas dalam Pakatan Rakyat, beliau berpendapat, kontroversi itu harus ditangani oleh Pas sendiri dan yakin parti itu dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.
Terpulang kepada Pas bagaimana untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti mereka dan sebagai rakan parti, kita akan tetap menyokong mereka.
Setakat ini, belum ada lagi perbincangan antara Pas dan DAP berhubung isu tersebut, tetapi kami harap masalah dalaman yang melanda Pas dapat ditangani sewajarnya, katanya selepas menghadiri Program Pemberian Hadiah Krismas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini,hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak itu sehingga menimbulkan kontroversi dalam pemimpin Pas. - SH
kehkehkehkeh tol le kata bidalan orang tua2..dap berak, pas kene cuci..senang btol pas kene buli! >|D
Comments