MODAL LEBIH KUAT DARI AGAMA





LOBI PEMODAL KUAT DARI ISLAM





PERTAHAN MADRASAH:BBMS ANJUR MUNAJAT PERDANA SABTU INI - meloya

ALOR SETAR 27 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan program munajat perdana, Sabtu ini bagi memohon dan memperkukuhkan usaha mereka dalam mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan untuk pembinaan sebuah kompleks beli-belah.

Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Mansor Ahmad berkata, program itu akan diadakan di madrasah berkenaan bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

"Antara pengisian program adalah solat hajat, kenduri rakyat dan tazkirah mengenai kemuliaan berjihad oleh seorang penceramah yang dijemput khas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

BBSMS yang dianggotai seluruh ahli jawatankuasa dan kariah madrasah itu dilancarkan Jumaat lepas dan dalam tempoh tiga hari sahaja, mereka menerima lebih 1,200 khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan madrasah tersebut.

Mansor berkata, pada program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah itu nanti, pihaknya turut melancarkan kempen mengumpul tandatangan orang ramai yang menyokong usaha mempertahankan kewujudan madrasah berkenaan.







KOMENTAR TUKAR TIUB

mari kita semua memahami apa makna berita ini
kerajaan kedah dalam pimpian pakatan rakyat
pakatan rakyat kedah dipimpin oleh pas
pas sebu! ah parti yang mengajukan islam

jika mengajukan islam kenapa madarasah yang bersejarah diruntuh?
jika mengajukan islam kenapa tidak mempertahan bangunan islam yang kuno ini?

sesudah madarasah ini di roboh apa yang akan didirikan?
jawabnya ialah: pusat membeli belah


faham tak?
kalau tak faham melalui tanda ini
tukar tiub ingin menerangkan dengan sejelas mungkin

bila tapak madarasah 100 tahun ini di ambil
dan digantikan dengan puast membeli belah
maka saheh terbukti bahawa sistem kapitalis lebih kuat dari islam
kepentingan modal telah berjaya mengalahkan kepentingan spritual
ini hakikat
ini realpolitik
ini yang nampak jelas


justeru lobi kapitalis lebih gah
lobi kaum pemodal lebih ampoh dari lobi agamawan
inilah hakikat dalam dunia islam hari ini

mb kedah memberi contoh bahawa di mekah pun pekara yang sama berlaku
ini untuk menghalalkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pas kedah

apa berlaku ialah:
kapitalisma yang datang ke mekah atau kedah
dipangil kapitalisma lewat
ianya baru sampai

ciri dan perangai kapitalisma lewat ialah :
ganas
apa boleh jual jual
apa boleh beli



sistem ekonomi kapitalis baru sampai ke malaysia
200 tahun dahulu pekara yang sama berlaku di britain
budak kecil kena jual
ada hamba abdi
rumah gereja di musnah
emak ayah dan nenek di jual untuk dapat untung
nobel charles dicken tale of two cities adalah kesah ini
c uba lihat bagaimana kapitalis bergerak di china
ini juga contoh terbaik untuk memahami kapitalis lewat
susu dicampur tepong
telor tipu dijual
daging tipu dijual
kanak kanak kerja di kilang
semua ini pernah berlaku di britain 200 tahun dahulu

kalau kita lihat pembangunan di sekitar kaabah
kita akan sedar bahawa mekah juga adalah contoh
kapitlisma lewat

ini berbeza dengan kota suci baitul mukaddis
jalan yang dilalui oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih wujud
batu batu yang dijejaki oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih boleh kita temui
tidak ada bangunan tinggi yang lucah
atau jam tinngi seperti jam big ben di dirikan di baitul mukaddis
ini kerana kapitalisma telah sampai lama
kapitalisma eropah telah mengendur kerana untung telah banyak
dan kapitalisma sedar bahawa sejarah juga boleh menghasilkan keuntungan

mb kedah hanya nampak duit dari gedung membeli belah
mb kedah tidak memahami nilai sejarah
justeru madarash 100 tahun ini akan diroboh
maka terbukti bahawa kapitalisma lebih kuat dari islam





Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE