Omegay: Hantu Mak Lampir bakal kena halau!
Terkejut. Itulah perasaan Mazlan Ali sebaik sahaja bangun dari tidur pagi apabila telefon bimbitnya tidak putus-putus berdering selepas kejadian seram yang dialaminya disiarkan di muka hadapan Sinar Harian semalam.
Sehingga jam 5 petang semalam, Mazlan menerima lebih 100 panggilan telefon dan 50 mesej melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seluruh pelosok negara.
Sinar Harian semalam menyiarkan kisah lembaga misteri berambut panjang yang kadangkala menutup kepala dengan kain batik. Rupanya seperti watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang didakwa mengganggu keluarga itu sejak lebih seminggu lalu.
Selain Mazlan, anaknya juga dihujani panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai, ada yang sedia menawarkan khidmat untuk mengusir lembaga itu dan ada juga yang memberi cadangan agar keluarga itu bertemu pakar bagi mengatasi masalah tersebut.
"nyah kaoo dari sini!..aku tak sudi tengok muke kerepot kao lagi paham!"
Salah seorang anak Mazlan, Mohd Syawal, 22, ketika dihubungi semalam berkata, pakar dimaksudkan oleh pemanggil terbabit ialah tokoh agama, termasuk dari kawasan Pantai Timur yang dikatakan mampu menamatkan gangguan lembaga misteri itu. - SH
Comments