BERITA BAIK SUDAH SAMPAI
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini berita baik
berita yang ditunggu tunggu
berita dua ekor lembu bergaduh
shahrizat wajib mempertahankan
kerusi ketua wanita
kerana shahrizat di pilih
bukan dilantik
untuk rakyat malaysia
kita mahu shahrizat
terus memimpin dengan gigih
rakyat mahu melihat kepimpinan cermerlang
dan tukar tiub mahu melihat
gaduh ini berpanjangan
ini baik untuk pakatan rakyat
bergaduh lama lama
lagi lama lagi baik
kah kah kah
GADUHKAN LEMBU INI LAGI
SHAHRIZAT PERLU LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA WANITA UMNO : KAMILIA Mstar
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu yang salah dari segi moral dan politik berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.
"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinj! aman.
"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.
"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
Comments