MAT PAU DAN MAT SKODENG JUAL AGAMA
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?
maknanya ransangan seks
maknanya ransangan duit
lebih kuat
ini bukan satu pekara yang baru
satu ketika dahulu
di petaling jaya
ada tim lampu picit
ada tim mat skodeng
atas nama agama
pergi pau
pasaangan yang memadu cinta
semua ini adalah contoh
menggunakan agama
untuk jadi mat pau
menggunakan agama
untuk jadi mat skodeng
LOOSER JADI MAT SKODENG
PETUGAS MAIN DIDAKWA MINTA RASUAH WANG, SEKS - merloya
MELAKA 27 Mac Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memba! wa hukum an maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Saad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. TIEWNAMA
Comments