KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA




NOTA:

anak anak muda
pelajar dan mahsiswa
penyokong bersih
para demokrat

sila tunggu pengumuman
sila nanti perincian

sila layari tukar tiub
untuk maklumat terkini
tentang ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya




TEORI DAN PRATIK KE JALAN RAYA


Pada 9 Julai 2011 yang lalu berpuluh ribu warga telah turun ke jalan raya. Ini demo Bersih 2.0. Kota Kuala Lumpur Stadium Negara - menjadi sasaran berhimpun. Demo atau tunjuk perasaan ini bukan hanya di Kuala Lumpur. Ianya menjadi global apabila warga Malaysia di kota-kota lain di seluruh dunia turut sama turun ke jalan raya.

Rakyat yang berpayung dibawah Bersih telah mengajukan 8 tuntutan kepada pihak berwajib. Tuntutan-tuntutan ini diajukan untuk memastikan perjalanan pilihanraya akan datang menjadi lebih bersih, telus dan adil. Tuntutan ini untuk memastikan Pilihan Raya ke 13 (PRU13) tidak menipu. Untuk memastikan rakyat yang akan turun mengundi TIDAK ditipu.

Dari kajian Bersih empat dari lapan tuntutan ini boleh ditunaikan tanpa memerlu perubahan undang-undang. Empat tuntuan ini boleh ditunaikan dengan serta merta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa memerlukan pindaan perlambagaan. Empat perkara ini untuk dijalankan tidak perlu dibawa ke Parlimen. SPR hanya perlu membuat arahan pentabiran.

Empat tuntutan ini ialah : panjangkan masa berkempen, bersihkan senarai nama pengundi, reformasikan undi pos dan pengunaan dakwat kekal. Apa yang terjadi - telah hampir satu tahun - hanya pengunaan dakwat kekal yang diterima oleh SPR.



Semua warga sedar bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Jika lapan tuntutan ini tidak ditunaikan maka ertinya penipuan dan penyelewengan akan terus berlaku. Ertinya gerombolan United Malays National Organsiation masih mahu mengadakan pilihanraya yang berat sebelah. Gerombolan mahu meneruskan kekuasaan melalui penipuan. Ertinya pilihan raya yang akan datang ini adalah tidak adil. Juga jelas terbukti lembaga SPR masih lagi menjadi barua setia kepada United Malays National Organsiation.

Semua ini memberi makna bahawa PRU13 nanti adalah pilihan raya tipu. Jika United Malays National Organisation menang bermakna kemenangan melalui penipuan.

Justeru melihat semua fakta ini dihadapan mata maka sebagai warga yang bertanggungh jawab - kita semua wajib turun ke jalan raya sekali lagi. Justeru kerana ini saya kini melaungkan suara : Ke Jalan Raya Sebelum ke Pilihan Raya.

Slogan ini jika tidak difahami maknanya maka ianya hanya menjadi kata-kata kosong. Justeru, dalam tulisan kali ini, saya ingin memberi pemahaman teoritikal tentang politik jalan raya. Ini amat penting. Sebelum ke jalan raya kita wajib memahami apakah sebenarnya politik jalan raya? Dan bagaimana politik jalan raya ini dapat memberikan manafaat dan kebajikan untuk kita semua.


Untuk memahami ini saya ingin membuka pencerahan dengan memberi latar belakang sejarah politik Iran. Iran yang kita ketahui hari ini berbeza jauh dari Iran pada tahun 70an dahulu. Ketika itu Iran dibawah pemerentah Ahmad Reza Pahlevi yang mengelarkan dirinya Raja Segala Raja Raja.

Ahmad Reza ini dengan sokongan Amerika dan CIA telah memerentah Iran dengan! kuku be si. Special Branch Iran yang dipanggil Savak sering menangkap, memenjara, menyeksa dan membunuh anak anak muda, anak mahasiswa, kaum agamawan - imam dan Ayatollah atau siapa sahaja yang berani mengkritik atau melawan Shah.

Untuk terus berkuasa Ahmad Reza telah mengadakan pilihan raya untuk melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimennya.

Dari Iran saya bawa pembaca ke negara yang lebih dekat Filipina. Sama seperti Iran, Filipiina juga di bawah cengkaman Amerika melalui budak suruhan yang bernama Ferdinand Marcos. Kalau Ahmad Reza naik tahta melalui rampas kuasa, Si Marcos ini naik tahtha dengan mengunakan pilihan raya.

Dari Dewan Senate, Marcos telah menggunakan piliharaya hingga berjaya menjadi Presiden kali pertama pada tahun 1965. Pada tahun 1969 Marcos telah mempertahankan kerusi presidennya . Hingga ke hari ini warga Filipian masih lagi mengingati bagaimana pada tahun 1969 itu Marcos telah membeli undi untuk terus menjadi Presiden. Satelah mendapat kuasa melalui penipuan Marcos terus menjadi ditaktor selama 30 tahun - 1965-1986.

Dari Filipina saya ingin membawa latar belakang yang lebih dekat. Pada tahun 1965 Jeneral Haji Muhamad Suharto telah merampas kuasa dari Presiden Sukarno. Sama seperti rampasan kuasa di Iran, rampasan kuasa di Jakarta ini juga telah di rancang oleh CIA.


Pada awalnya Jeneral ini telah menggunakan kuasa tentera untuk terus berkuasa. Kemudian untuk meneruskan kuasanya Jeneral Suharto telah mengadakan pilihan raya. Pilihan raya Suharto ini samalah seperti pilihan raya Ahmad Reza Pahlevi, sama seperti pilihan raya Marcos dan tidak jauh bezanya dari PRU13 yang akan dijalankan oleh Najib Razak jika 8 Tuntutan Bersih tidak ditunaikan
Ahkirnya di Iran pada tahun 1979 anak! anak mu da dan mahasiswa telah turun ke jalan raya untuk menghalau Shah Reza. Akhirnya pada tahun 1986 Kuasa Rakyat telah turun ke jalan raya di Manila untuk menghumbankan Marcos.

Di Indonesia, Jeneral Haji Muhamad menang tanpa lawan untuk menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1973, 1978, 1983, 1993 dan 1998. Akhirnya pada tahun 1998 anak anak muda dan pelajar di Jakarta telah turun ke jalan raya untuk menamatkan kuasa ditaktor Suharto.

Apa yang jelas dari pencerahan ini ialah semua orang jahat ini telah mengunakan pilihan raya untuk menghalalkan pemerintahan mereka. Orang jahat ini mahu dilihat dipilih oleh rakyat. Orang jahat ini sedar bahawa masyarakat dunia tidak akan menerima mereka jika mereka tidak dilantik melalui pilihan raya.

Apa yang jelas ialah kesemua orang jahat ini hanya turun dari tahta apabila rakyat turun ke jalan raya. Apakah ini ada persamaan dengan Malaysia? Jawabnya tentu sama.

Kita jangan lupa bagaimana Mahathir Muhamad juga telah menggunakan pilihan raya untuk terus berkuasa selama 22 tahun. Ketika berkuasa Mahahir Muhamad telah meminda Perlembagaan, telah membuang Ketua Hakim Negara, telah memenjarakan lawan, telah membuat pelbagai akta dan undang-undang untuk memastikan dirinya terus berkuasa.

Pada tahun 1998 anak muda, pelajar dan orang ramai telah turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mahathir ke dalam tong sampah sejarah. Wajib diakui jika tidak ada gerakan Reformasi Jalan Raya untuk mengundurkan Mahathir saya yakin hari in 2012 Mahathir Muhamad telah menjadi seorang Emperor anaknya Mukhriz menjadi Raja Muda.


Contoh-contoh ini memberi pencerahan kepada pembaca bahawa untuk ditaktor, untuk perampas kuasa dan untuk pemimpin yang zalim pilihan raya hanya tipu helah. Untuk yang zali! m dan y ang menipu dipilihan raya jawapan yang tepat ialah jalan raya.

Secara teoritikal turun ke jalan raya ini adalah satu proses memperkasa keyakinan politik. Ceramah yang kita dengar itu boleh ditakrif sebagai kuliah politik. Dari kuliah ini kita diberitahu tentang Aminulrasyid mati dibunuh, Francis mati dibunuh, Teo Beng Hock mati dibunuh, Altantuya mati dibunuh. Dari kuliah ini juga kita diberi penerangan bagaimana Najib mendapat beratus juta ringgit duit komisen apabila membeli kapal selam. Kita juga diberi pemahaman bagaimana hutang Tajuddin Ramli lebih dari 500 juta ringgit dilupuskan oleh kerajaan.

Kuliah terbaru pula memberi kita sedar tentang bagaimana anak Nazri Aziz yang terlibat dalam kes bunuh dan kes pukul tetapi tidak didakwa. Kuliah-kuliah ini menjadikan kita marah. Justeru apabila ada jempuatan untuk turun ke jalan raya dengan cepat kita bersetuju untuk ikut serta. Ke jalan raya ialah latihan pratikal politik kita.

Apabila kita bersama dengan ribuan orang ramai di jalan raya maka kita akan merasa yang diri kita tidak terpencil. Kita mula sedar bahawa bukan kita seorang sahaja yang merasa marah terhadap kejahatan United Malays National Organisation. Ribuan lagi yang memiliki perasaan yang sama. Proses ini adalah proses memperkasa keyakinan diri.


Kemarahan yang kita bawa ke jalan raya ini kita terjemahkan kepada pengundian. Kita telah berkuliah, kita telah membuat pratikal dan kita juga wajib mengambil pepereksaan. Justeru, mengundi itu adalah pepereksaan akhir. Inilah proses demokrasi. Kerana saya yakinkan proses demokrasi ini maka saya berani melaungkan : Ke Jalan Raya Sebelum Ke Pilihan Raya.

Inilah pengalaman anak anak muda di Tehran, di Manila dan di Jakarta. Sesudah Shah Iran! lari ke Mesir, satelah Marcos lari ke Hawaii dan satelah Suharto berhenti maka di semua negara ini telah diadakan pilihanraya yang bersih, telus dan adil. Siapa yang menang dan siapa yang kalah saya tidak ambil port. Yang penting pilihan raya bersih, adil dan telus.

Justeru, jangan silap faham kita ke jalan raya ini bukan bertujuan untuk mengganas atau buat kacau. Kita ke jalan raya kerana kita mahu pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Kita ke jalan raya kerana mahu tuntutan kita ditunaikan. Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya kerana 7 Tuntuan Bersih masih tidak dipedulikan.

Sikap SPR tidak mempedulikan 7 Tuntutan Bersih ini menjadikan seluruh rakyat Malaysia marah. Kita marah kerana kita tahu telah ada perancangan licik untuk menipu kita. Jika 7 Tuntutan Bersih ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini saheh satu pilihan raya tipu.(TT)



INI TUNTUTAN KITA



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45




















Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE