KELMARIN DI MAHKAMAH JALAN DUTA
BAHAN BUKTI KOSONG
NOTA:
ini adalah gambar
buku rakaman percakapan
yang telah diambil selama 60 hari
dokumen ini dibawa ke mahkamah
sebagai bahan bukti
tetapi banyak isinya telah kosong
mengikut yang di dakwa dokumen ini rahsia
mengikut peguam reformis
tidak boleh bawa bahan bukti
yang kosong dan tidak ada isi
justeru inilah kunci
perbicaraan ini
SAMAN 5 RERORMIS
lima reformis:
yb saari sungip
yb tian chua
dr badrul amin
pak din
tukar tiub
telah menyaman :
norian mai
kementerian dalan negeri
dan keerajaan malaysia
apa yang disaman?
pada 10/4/01
para reformis telah di tangkap
dibawah ISA
pada 11/4/01
norian mai ketika itu
ketua polis negara telah
buat sidang akhbar
dalam sidang akhbar ini
ketua polis negara ini telah menuduh
para reformis ini terlibat dalam gerakan militant
para reformis telah bersedia dengan:
bom
rocket launcher
ball bearing
dan bom molotov cocktail
untuk menjatuhkan kerajaan mahafiraun
ini FITNAH
keluarga reformis
lawan kembali
buat tuntutan harbeas coppus
tapi gagal
kemudian melawan tangkapan ini
kes ini dibawa ke mahkamah
akhirnya sampai ke mahkamah yang paling tinggi
dalam negara ini - mahkamah persekutuan
mahkamah persekutuan telah mendapati
penahanan par! a reform is MALA FIDE
mala fide bahasa guaman
baha melayunya ialh BERNIAT JAHAT
yb saari
yb tian
dr badrul
dan tukar tiub - dihantar ke kamunting
ditahan selama 2 tahun
apabila di bebaskan
pada tahun 2003
para reformis telah menyaman
berasaskan keputusan mahkamah persekutuan
yang berpendapat bahawa tangkapakan
pada 10/4/01 adalah mala fide
ini lah kes yang telah berjalan hampir 3 minggu
kelamrin petang kes ini selesai
oarng yang didakwa norian mai
telah dimasukakn ke dalam kandang saksi
BICARA SELESAI
pada ketika ini peguam reformis
akan menyediakan submission
submission ini adalah hujah bertulis
pada 24 mei mahkamah akan bersidang sekali lagi
sunmission ini akan didengar oleh hakim
sesudah mendengar dan submision ini
maka puan hakim akan membuat keputusan
bila?
mungkin dalam bulan jun
SENIOR DAN JUNIOR
NOTA:
ini lah grande finale ISA
undang undang zalim yang akan dilupuskan
NOTA:
kelmarin untuk untuk
pertama kalinya
tukar tiub telah berjabat tangan
dengan asp zulkifli
ketua tim sb yang menyoal siasat tukar tiub
selama 60 hari
tukar tiub juga telah sempat
memberikan tanda 'thumb up'
kepada norian mai
kerana sebagai polis pencen
norian mai telah jujur dalam jawapannya
salah satu dari jawapan norian mai:
demomstrasi bukan militan....
NOTA:
selama 60 hari dalam tahanan
para reforfmis tidak ditanya
langsung tentang senjata-senjata ini
JANGAN LUPA UNTUK KE JALAN RAYA
Comments