PENCERAHAN AMAT DIPERLUKAN
KAPITALIS KEUNTUNGAN MAKSIMA
PENGERUSI MAO ZEDONG
Wahai pro pembaharuan, bagi aku sistem ekonomi sosialis hanya akan memundurkan ekonomi sesebuah negara kerana rakyat akan terlalu bergantung kepada kerajaan ditambahi lagi memiliknegarakan perniagaan akan menambahkan lagi kemerosotan daya saing, produktiviti serta kreatifiti rakyat sesebuah negara. Sekiranya kita lihat realiti hari ini negara sosialis hanya tinggal berapa sahaja dalam dunia ini, kebanyakan negara sosialis seperti People Republic of China telah berubah menjadi separa kapitalis, kenapa Deng Xiaoping pemimpin PRC selepas Mao Zedong mengubah dasar ekonomi PRC dari sosialis kepada semi-kapitalis adalah supaya PRC menjadi kaya,maju,kuat dan dihormati seperti yang kita lihat hari ini.
Selain itu Fidel Castro dalam satu temubual pada tahun 2008 mengatakan sistem ekonomi sosialis tidak lagi sesuai untuk rakyat dan negara Cuba. Kalau kita bandingkan Korea Utara yang masih setia lagi dengan sistem sosialis-komunis dengan PRC dan Vietnam, kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara dari segi taraf hidup rakyat.
Aku bukanlah menyokong sistem ekonomi kapitalis dan menolak sistem ekonomi sosialis secara total, bagi aku sistem ekonomi ideal ialah sistem ekonomi yang makmur,maju dan produktif tetapi tidak mengetepikan unsur-unsur kebajikan seperti perubatan percuma, pendidikan percuma dari tadika hingga universiti, kadar harga utiliti yang tidak membebankan (air,elektik,telefon,internet dan sebagainya) dan lain-lain lagi.
Pada aku sistem baik bukanlah yang dicipta oleh akal manusia tetapi yang dicipta oleh Maha Pencipta iaitu Islam. Kepada m! ereka ya ng kurang tahu Islam bukan hanya tertakluk kepada solat,puasa,zakat,haji dan zikir tetapi merangkumi keseluruhan cara hidup manusia. Adalah kurang tetap dan silap andainya kita memisahkan agama Islam dengan politik,ekonomi dan sosial.
Semua sistem ciptaan akal manusia yang lemah seperti kapitalis, komunis, sosialis dan sebagainya telah terbukti gagal. Sistem Islam terbukti berjaya tetapi disabotaj hingga gagal. Satu lagi, wahai pro-pembaharuan aku bukanlah seorang nasionalis(assobiyah) tetapi seorang mencintai agama aku iaitu Islam. TT tolong siarkan tulisan aku ni.
By pro rakyat on PANCUT DI PERUT - PENCERAHAN PEMBACA on 3/25/12
AGAMA SOSIALIS
AKU MEMANG BERFAHAMAN SOSIALIS... TETAPI AKU BERAGAMA ISLAM! aku mengucap seperti kalian, aku bersembahyang seperti kalian, aku berpuasa seperti kalian, aku tak dapat pergi mekah sebab tak de duit... KENAPA KAMU BERFAHAMAN NASIONALIS TAPI ISLAM BOLEH AKU BERFAHAMAN SOSIALIS DIHARAMKAN?
Tahukah anda kalian, Parti Buruh di UK pun berfahaman sosialis? Agak-agaknya, merakyatkan harta kerajaan/sumber asli negara bukan dalam Islam??? Agak-agaknya, monopoli dan penindasan hak milik sumber asli negara ada di dalam islam? Agak-agaknya, keuntungan melebihi 100% merupakan perniagaan dalam Islam? Kata mahu Islam, tapi keuntungan melebihi 100% dari harga kos adalah riba...
Agak-agaknya, wang zakat dalam sistem feudal/kapitalis boleh dilaburkan "secara islam"??? Mana Islam korang sebenarnya kalau kapitalis? Sekurang-kurangnya, sumber ekonomi sosialis ada sedikit sebanyak dalam Islam tetapi sumber ekonomi kapitalis jelas-jelas bertentangan dengan Islam! Sistem feudal dikaitkan dengan Islam tetapi lihatlah, apa raja gopal pukitiang SELURUH DUNIA sekarang buat? Semua bodoh kerana propaga! nda kapi talis... dari US, UK, Arab Saudi sehinggalah ke Malaysia... MANA IMAN KORANG YANG KORANG KONON-KONONNYA TUDUH MEREKA YANG SOSIALIS ITU ANTI ISLAM?
Pro Rakyat, Sheikh Al-Farisi... sila tambah ilmu anda dengan membaca semua ruang lingkup bacaan supaya tidak terdedah dengan mana-mana propaganda... LEBIH BAIK SEORANG DOKTOR MEMILIH HIDUP DI HUTAN DARI SEORANG ANAK RAJA SAMPAI MATI HIDUP DI ISTANA... doktor yang hidup dihutan kerana memperjuangkan orang miskin, sanggup hidup bersama-sama si miskin, ITULAH CHE GUEVARA!
By Pro_Pembaharuan on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/22/12
JANGAN LUPA JUMAAT INI
Comments