DUA HARI LAGI RAYA - JALAN BAIK BAIK KETIKA MEMANDU
A FISTFULL OF DOLLARS

ESOK SABTU KEMUDIAN AHAD KITA RAYA
bagitu cepat sebulan berlalu
maacam semalam aku rasa pening kepala
pada hari pertama puasa
sekarang tak tak rasa apa
tetiba raya pulak sampai
orang kata puasa ini dugaan
untuk aku tak ada apa dugaan
sama saje macam hari tak puasa
tapi badan terasa ringan
relax sikit
ESOK PETANG RAYA
aku akan balik ke jelebu
aku balik dengan dua geng
tiap tahun aku kena bawa balik kampong
curvey, siti, mami , marang, sepang
dan ujang semua tinggal - hanya ezi dan jai
aku bawa pulang
RENDANG DAN LEMANG
MERCUN MERCUN DAN BUNGA API
pagi tadi tokan mercun talipon
kapal sudah masuk
aku sudah dapat semua yang aku mahu
aku hanya perlu pegi brickfeild
beli minyak dan sumbu
ini untuk pasang pelita
tak ada pelita
tak ada mercun
tak ada tapai
untuk aku raya tak jadi
TAPAI TAPAI TAPAI
untuk aku selain dari rendang dan lemang
rukun raya orang melayu ialah tapai
aku rasa tapai adalah salah satu
warisan orang asli turun temurun
aku tak boleh bayang kan dunia tanpa tapai
SEGELAS AIR TAPAI - LAGI LAMA LAGI COOL

bay! angkan d unia tanpa:
beer stout ale wine brandy
whisky tuak samsu todi dan tapai
bagaimana agaknya manusia dalam dunia
ini tidak tahu membuat penapaian?
MINUMAN TERBAIK DARI MALAYSIA

PULANG KE KAMPONG
nah sebenarnya rumah pusaka dah tutup
semenjak kedua orang tua meninggal dunia
hanya di buka untuk berhari raya
aku rasa banyak kawan kawan macam ini
MENUNGGU RENDANG ITIK

untuk aku yang masih bujang
maka aku akan pulang ke rumah pusaka
untuk mereka yang ada anak isteri
selamat buat perangai di hadapan
bapak dan ibu mertua kah kah kah
Comments