Omegay: Koperal Yakob bwk amanat Leftenan Adnan Saidi..DAP bwk amanat Komunis!

Kisah sebenar di sebalik pertempuran antara Rejimen Askar Melayu menentang Jepun atau yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu pada 14 Februari 1942 mungkin tidak akan diketahui atau tersorok dalam lipatan sejarah sekiranya Koperal Yaakob Bidin tidak berpura-pura mati bergelimpangan bersama askar Melayu ketika itu.

Disebabkan berpurapura mati itu, dengan izin ALLAH, Koperal Yaakob berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun yang marah dengan tentangan yang diberikan Kompeni C dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dipimpin Leftenan Adnan Saidi.

Tindakan Koperal Yaakob itu dilakukannya bukan kerana beliau pengecut atau takut mati di medan perang kerana tiada istilaht takut dalam dirinya.

Koperal Yaakob perlu berpurapura mati demi memikul satu amanah berat daripada ketuanya, Leftenan Adnan Saidi yang menyedari ketika itu pasukannya berdepan dengan tekanan hebat tentera Jepun.

Apakah amanah yang diberikan Leftenan Adnan kepada Koperal Yaakob? Amanah itu dikatakan sangat berharga untuk negara terutama tatapan generasi kini. Kisah Koperal Yaakob yang berjaya menyelamatkan diri itu dan membawa amanah berat Leftenan Adnan diceritakan sendiri oleh cucunya kepada Sinar Harian.

Akhwan Hafis Akmal Hidzri, 28, berkata, kisah peperangan menentang Jepun itu sentiasa diceritakan arwah datuknya itu yang mesra dipanggil Tok.

Akhwan Hafis merupakan anak kepada Maimun iaitu anak kedua Koperal Yaakob.

Redah belantara

DARIPADA penceritaan arwah Tok, dia berpura-pura mati itu kerana takut tentera Jepun menyedari baha! wa dia m asih hidup. Namun berkat doa yang dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT, dia akhirnya dapat melepaskan diri dari medan pertempuran itu dan membawa amanat Leftenan Adnan kepada negara.

Setiap kali Tok bercerita, air matanya tidak pernah kering kerana tidak dapat melupakan kezaliman tentera Jepun ke atas askar Melayu apatah lagi kepada Leftenan Adnan.

Tok ada memberitahu, selepas sahaja tentera Jepun berjaya menangkap Leftenan Adnan dan hari semakin gelap, tentera Jepun berundur daripada kawasan pertempuran sengit itu, katanya.

Akhwan Hafis berkata, selepas memastikan tentera Jepun sudah tiada, arwah Tok bergegas melarikan dan menyembunyikan diri daripada pengetahuan tentera Negara Matahari Terbit itu.

Menurutnya, arwah Tok terpaksa meredah hutan belantara dalam kegelapan malam ketika melarikan diri bagi menggelakkan dikesan tentera Jepun.

"Tok akan berjalan atau berlari sepanjang malam mengikut landasan kereta api dari dari Singapura menuju ke kampung halamannya di Tebing Tinggi, Sanggang dekat Temerloh.

"Apabila fajar mula menyingsing, Tok akan mencari tempat tersorok dalam hutan itu bagi bersembunyi daripada kehadiran tentera Jepun.

"Bagi mengalas perut, cerita Tok, dia hanya makan buah-buahan hutan dan minum air dari batang pokok ataupun air sungai. Mungkin latihan ketenteraan yang diikuti sebelum ini banyak mengajar dia mengenai ikhtiar hidup," katanya dalam nada sedih.

Cerita Ahkwan Hafis lagi, arwah Tok meneruskan rutin perjalanan jauhnya pada waktu malam dan bersembunyi pada sebelah siang, dan akhirnya selepas tujuh hari tujuh malam merempuh pelbagai dugaan, Koperal Yaakob akhirnya tiba Temerloh.

Setelah sampai ke kampung halaman, Koperal Yaakob segera melaporkan diri di kem tentera British dekat Mentakab. Selepas beberapa hari selamat pulang, seorang pegawai tentera British berjumpa! dengann ya dan mengambil segala maklumat berkaitan Pertempuran Bukti Candu untuk direkodkan.

Tok saya berasa lega kerana berjaya menyampaikan amanat Leftenan Adnan kepada pihak tentera British dan dia merasakan seolah-olah satu beban yang cukup berat sudah terangkat daripada bahunya.

Selepas siap direkodkan dan dibukukan, tentera British menyerahkan senaskhah buku yang lengkap mengenai sejarah pertempuran itu namun buku berharga itu rosak akibat dilanda banjir besar pada 1971, katanya.

Leftenan Adnan diseksa kejam

AKHWAN Hafis berkata, masyarakat kini mengetahui Leftenan Adnan mati akibat ditembak tentera Jepun namun sebenarnya perwira negara itu mati dibunuh oleh tentera Jepun dengan kejam.

Menurutnya, sebelum ditangkap Leftenan Adnan sudah tahu bahawa nyawanya umpama telur di hujung tanduk dan beliau sempat berpesan pada Koperal Yaakob supaya berundur serta membawa sejarah perang itu untuk diketahui anak dan cucu cicit.

Tok saya enggan berundur kerana dia mahu menjaga keselamatan ketuanya itu.

Namun, selepas didesak dan Leftenan Adnan ditangkap, dia merasakan perlu menjaga amanat itu sebaiknya.

"Tok juga bercerita dia sempat melihat bagaimana Leftenan Adnan diseksa tanpa belas kasihan. Tentera Jepun memang memburu Leftenan Adnan dan apabila mereka dapat menangkap Leftenan Adnan yang ketika itu cedera pada bahagian kaki, wira negara itu terus disepak, diterajang, ditumbuk dan sebagainya.

Kemudian Leftenan Adnan itu diseret dan diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Akibat terlalu marah, tentera Jepun! menikam nya dengan benet berkali-kali.

Setiap kali ditikam, Leftenan Adnan melaungkan kalimah ALLAHHU AKBAR dan darahnya mengalir ke bumi hingga beliau menghembus nafas terakhir, katanya. - SH

p/s: dengar khabar ada orang atasan dah bising supaya tayangan TANDA PUTERA di tangguhkan lagi!..ape hal braderrr??..nak tangguh sampai bile??..jangan anggap tayangan ni semata2 atas kepentingan politik...buka ler minda sket bang oiii!.. >:[

ehsan video - klpos



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE