RAMAI TERPERANGKAP UNTUK DIHUDUDKAN










HUDUD DAN LINGUA FRANCA

Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan meloroh dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.

Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bistari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.

Disini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua politikus dan orang ramai - yang masih bangang.

Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.


Pada satu ketika! yang la ma dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh dibawah gabungan ini.

Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.

Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi Kerajaan Tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah dimana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Dibandar dan kota besar semua kerusi Kerajaan Tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.

Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.

Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.



Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tu! han kepa da tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.

Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.

Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.

Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.

Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa Kebangsaan!. Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!

Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.

Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih disekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee pemimpin Parti Buruh.



Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.

Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Bengolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.

PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebgai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.

Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.

Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.

Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara te! rancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.

Saya melihat ini sama saperti apa yang pernah berlaku keatas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.


Biar saya jelaskan disini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil masyhul.

Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.

Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dari segi strategi! perjuan gan pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan dan 'perbalahan'.

Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama. (TT)








Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE