Omegay: Tema Sebangsa Senegara Sejiwa` macam sekular dan liberal
SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.
Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.
Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.
'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.
Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana?
Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga.
Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai ! bekas pe mimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami oleh Anwar.
Sejiwa memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?
Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.
Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah lereng bukit.
Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi Janji tidak ditepai
Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu Janji ditepati. Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji. Orang yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.
Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya Janji Ditepati adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji
Tr! adisi in i adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema Janji ditepai bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.
Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema menepati janji amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat tidur sebantal. -Utusan Malaysiaku sayang
Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Comments