12 DISEMBER DEMO DI PUTRAJAYA - WARGA TANPA KAD PENGENALAN



SABTU INI BERHIMPUN DI PARIT RAJA
BATU PAHAT


Kenyataan Akhbar: Perhimpunan aman duduk bantah untuk rakyat Malaysiayang tidak mendapat kewarganegaraan pada 12.12.12 di JabatanPendaftaran Negara

Parti Keadilan Rakyat akan menganjurkan suatu perhimpunan aman duduk bantah di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya pada 12 Disember 2012 jam 10 pagi. Ianya bagi mendesak kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

Masalah tidak mendapat hak kewarganegaraan ini melibatkan semua rakyat Malaysia dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat Malaysia berketurunan India. Sebahagian besar rakyat tanpa warga negara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan telah menjalani keseluruhan kehidupan mereka di negara ini.

Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan. Bagaimanapun, kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada mereka. Keengganan berbuat demikian, menunjukkan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn dan kerajaan BN secara terang-terangan serta dengan pengetahuan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Akibatnya kalangan rakyat Malaysia yang dinafikan hak-hak dan keistimewaan kewarganegaraan secara tidak sah menurut undang-undang telah mengamai penderitaan yang teramat. Warga tanpa negara ini dilucutkan semua faedah-faedah pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Amat mengejutkan, terdapat banyak kes kanak-kanak Malaysia berketurunan Indi! a dalam usia persekolahan dinafikan pendidikan asas akibat penafian dokumen pengenalan oleh kerajaan BN.

Satu contoh yang cukup jelas adalah kes pelajar sekolah B. Reshina yang berdepan halangan untuk duduk dalam peperiksaan SPM kerana dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Kes tersebut mendapat liputan meluas media pada bulan April tahun ini, tetapi Reshina masih tidak
diberi kad pengenalan.

Pada 9 November 2012, Keadilan membawakan isu ke pengetahuan awam berkenaan kes seorang rakyat Malaysia berusia 10 tahun dari Ipoh bernama S Logeswaran yang tidak pernah ke sekolah kerana dinafikan dokumen pengenalan diri.

Di kalangan rakyat Malaysia berketurunan India, masalah ini telah menjadi masalah generasi. Seluruh keluarga dari satu generasi ke generasi yang lain hidup dalam terumbang-ambing disebabkan mereka yang diberikan kad pengenalan merah atau tanpa dokumen pengenalan langsung.

Masalah ini telah sampai ke tahap yang runcing; namun kerajaan Perdana Menteri Najib Razak enggan melakukan apa-apa tindakan berkesan bagi menghentikan penderitaan rakyat Malaysia yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

Rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat akan turut sama menyertai kami membuat bantahan pada 12.12.12. Kami menyeru kesemua warga dan pertubuhan untuk menyertai kami dalam bantahan aman untuk menghentikan penderitaan kesemua rakyat Malaysia tanpa hak kewarganegaraan itu.


N SURENDRAN
NURUL IZZAH ANWAR
TIAN CHUA
NAIB-NAIB PRESIDEN
KEADILAN



------


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE