RASUAH MALAYSIAN SUDAH SAMPAI KE HONG KONG

KENYATAANMEDIA
20 November2012
FACTFINDING MISSION KE HONG KONG:
LAPORANKEPADA JAWATANKUASA SEMAKAN ICAC UNTUK MENYEMAK/ MEMBUKA SEMULA KES RASUAHRM40j MELIBATKAN DATO SERI MUSA AMAN, DATO SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA
NationalOversight & Whistleblowers (NOW) telah mengambil inisiatif untukmenganjurkan satu rombongan ke Hong Kong bertujuan mengumpul maklumat lanjutdan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak-pihak berkuasa danberkepentingan di Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yangdikaitkan dengan Dato Seri Musa Aman, Dato Seri Nazri Aziz dan Michael Chia.
Inibertepatan dengan kenyataan Dato Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat baru-baru iniyang menggunakan nama dan reputasi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong(ICAC) untuk menggugurkan dakwaan rasuah terhadap Dato Seri Musa Aman danMichael Chia.
Sedangkansehingga kini, tidak ada satu pengesahan pun dari ICAC yang mengiyakankenyataan Dato Seri Nazri Aziz itu, ditengah-tengah tuduhan bahawa ICACterpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak berkuasaMalaysia yang sengaja melengah-lengahkan kes tersebut.
Perkara inidiperkuatkan lagi dengan perkembangan terkini dari siasatan terhadap tuduhanrasuah! melibat kan hartawan Ananda Krishnan di India, apabila pihak berkuasaIndia turut menyuarakan bantahan terhadap pihak berkuasa Malaysia yangdilaporkan sengaja tidak memberi kerjasama untuk melengah-lengahkan kestersebut.
Jelas bahawaada perkaitan yang membimbangkan di antara kedua-dua kes; apabila pihakberkuasa Malaysia dituduh tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa lainyang menyiasat kes rasuah individu tertentu yang rapat dengan Umno/BarisanNasional.
Oleh itu,adalah menjadi keutamaan untuk mengesahkan kebenaran kenyataan Dato Seri NazriAziz dengan merujuk kembali perkara ini kepada ICAC dan pihak berkuasa HongKong. Sekiranya ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana pihak berkuasaMalaysia tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya, ini adalah satu skandalbesar yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh SPRM dan pihak berkuasa dinegara ini.
Pendedahanterbaru bahawa keluarga Dato Seri Nazri Aziz ada mendapat habuan dalam bentuksebuah kereta mewah dianggarkan berharga RM1 juta dari Michael Chia menguatkanlagi persepsi bahawa tindakan Dato Seri Nazri Aziz membersihkan nama DatoSeri Musa Aman dan Michael Chia adalah berunsurkan rasuah yang perlu disiasatsegera.
Saya telahmenghubungi ICAC dan sementara ia menjelaskan ia perlu menjaga kerahsiaansiasatan, ICAC juga memaklumkan bahawa wujud mekanisme semakan semula siasatanmelalui sebuah badan yang dipanggil Operations Review Committee (JawatankuasaSemakan ICAC).
Oleh yangdemikian, satu rombongan yang turut disertai wakil-wakil rakyat akan berkunjungke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada Jawatankuasa Semakan ICACuntuk:
1. Memaklumkan fakta-fakta kesyang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini untuk mengesahkan sama adadakwaan bahawa pihak berk! uasa Mal aysia tidak memberikan kerjasama benar atautidak;
2. Membuka semula siasatanterhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan pengubahan wang haram (money laundering)terhadap Dato Seri Musa Aman, Dato Seri Nazri Aziz dan Michael Chia mengambilkira perkembangan terkini termasuklah kenyataan-kenyataan Dato Seri Nazri Azizdi Parlimen dan keterlibatan keluarga beliau menerima habuan dari Michael Chia
Rombonganini yang disertai oleh saya, YB William Leong (AP Selayang), YB Hee Loy Sian(AP Petaling Jaya Selatan) dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja) akan berlepas keHong Kong esok (21 November 2012).
Dalam rangkalawatan ini, rombongan akan menemui ahli Majlis Perundangan Hong Kong(Legislative Council) seperti berikut:
LeungKwok-Hung, pengerusi League of Social Democrats
James ToKun-Sun, wakil Parti Demokratik
Raymond WongYuk-Man dan pimpinan parti Peoples Power
PimpinanCivic Party
Rombonganjuga akan mengadakan pertemuan dengan NGO dan media untuk menerangkan kesan kesini kepada reputasi ICAC. Satu sidang penerangan akan diadakan pada hariKhamis, 22 November 2012 yang akan turut disertai oleh wakil-wakil partipolitik, NGO dan media.
Sesipenerangan dan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong adalahbertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding denganJawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes tersebut.
Akhirsekali, rombongan akan bertemu dengan wakil ICAC untuk menyampaikan permohonanrasmi agar kes ini disemak kembali mengambil kira kesannya kepada reputasiantarabangsa ICAC, apabila namanya digunakan di Malaysia untuk membersihkannama ! Dato Ser i Musa Aman dan Michael Chia dalam suasana yang menimbulkan penuhtanda tanya.
Misi iniadalah misi yang pertama dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantungkepada perkembangan di Hong Kong.
Satu sidangmedia akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN pada hari Jumaat, 23 November 2012jam 4 petang sejurus rombongan tiba dari Hong Kong.
.jpg)
Comments