BANI MELAYU HILANG AKAL - BANI MELAYU TAK TAHU APA NAK BUAT






KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca ketiga-tiga berita ini
berita ini lahir dar mulut ketuan gerombolan bani melayu
yang sedang bersidang

apa makna berita ini?

berita ini memberi makna
bahawa pakatan rakyat telah sampai
ke tahap untuk mengambil alih kerajaaan

kalau dulu pakatan rakyat hanya dilekehdan dikutu
dalam perhimpunan bani melayu
tetapi kali ini semuanya berubah

ucapan ketua gerombolan bani melayu
ucapan ini dari satu sudut ditujukan pada ahli bani melayu
tetapi dari strateji media isi ucapan ketuan gerombolan ini
adalah untuk semua melayu warga malaysia
tetapi bukan dari bani melayu



BERWASPADA!
semua rancangan untuk menipu undi telah dipasang
semua rancangan untuk memastikan
bani melayu terus berkuasa telah siap

ombak rakyat kian jelas
semuanya memihak kepada pakatan rakyat
bani melayu semakin di pencil
bani melayu semakin diketepikan

tetapi mereka akan menang dalam pru13 ini
walau pun undi datang untuk pakatajn rakyat
ini kerana suruhan jaya pilihan raya adalah barua ban! i melayu

spr ini telah mengatur
spr ini telah menyusun
pelbagai bentuk peraturan
pelbagain bentuk undang kecil
hinggakan pilihan raya ini menjadi satu sistem yang kebal

adalah di maklumkan bahawa bani melayu
secara resmi telah lama nazak
justeru yang di lawan oleh pakatan rakyat dalam pru13 ini
BUKAN bani melayu
BUKAN united malays national organisation dan kuncu kuncunya
TETAPI satu sistem yang diwujudkan khusus untuk menipu
khusus untuk memastikan pakatan rakyat akan gagal untuk mengambil alih pentabiran
akan digagalkan ke purtajaya

MAKA
anak anak muda
semua warga anak segala bangsa
kita turun ke kuala lumpur
pada 12 januari 2013
menuntut 8 tuntutan bersih di tunaikan
sejuta kita berhimpun
sejuta kita menuntut



BERITA

Jumaat November 30, 2012
Jangan Ambil Risiko Buat "Uji Kaji" Pada PRU13 - Abdul Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR:Rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai 'uji kaji'.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu mengamalkan politik yang cerdik dan matang serta tidak memperjudikan masa depan negara di tangan pembangkang.
"Secara ringkas kita hanya ada dua pilihan...sama ada kita akan bekerja kuatkekalkan kuasa dan berlaku adil kepada orang l! ain sepe rti kita buat selama ini,ataupun kita leka serahkan kuasa kepada orang lain dan kita berdoa orang lainberlaku adil kepada kita," katanya ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini Khamis.


Rakyat Malaysia Mesti Berhati-hati Buat Pilihan
KUALA LUMPUR:Peringatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia supaya tidak menggantikan kerajaan Barisan Nasional dengan entiti lain yang belum tentu kemampuannya, turut mendorong penduduksebuah negara jiran menasihatkan rakan-rakan Malaysia mereka supaya berhati-hatidalam menentukan masa depan mereka.
Beberapa profesional ini menggunakan Facebook untuk berkongsi pandangan mereka mengenai perkembangan politik di Malaysia, berdasarkan tindakan pakatan pembangkang yang berusaha menumbangkan kerajaan yang ada pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan bila-bila masa.
Pesanan itu berbunyi: "Hati-hati buat pilihan, jangan menyesal dan terasakesusahannya macam kami sebagai minoriti di sini, nak praktikkan (amalkan) agamasendiri pun banyak batasnya."

BERITA

Jumaat November 30, 2012
Ingatan Jangan Tukar K'jaan Bukan Untuk Takutkan Rakyat - Muhyiddin
KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk memerintah negara, bukan bertujuan menakut-nakutkan mereka.
Beliau berkata pelbagai kepincangan pentadbiran di negeri di bawah pembangkang menjadi bukti mereka tidak berupaya membentuk kerajaan yang mantap untuk meneruskan agenda pembangunan negara.
"Peringatan Perdana Menteri tentang perkara ini bukan untuk menakut-nakutkan. Kita tak boleh perjudikan masa depan negara hanya kerana kita nak mencuba.
"Ini bukan masa depan kita sahaja tetapi juga melibatkan masa depan anak-anak kita," katanya mengulas ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini Khamis.



-----



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE