SOALAN UNTUK BANI MELAYU YANG SEDANG BERSIDANG





UNTUK BANI MELAYU
bani melayu yang sedang bersidang

masanya telah sampai
untuk mereka berfikir
untuk mereka berhenti sabentar
dan bertanya kepada diri sendiri

mungkin takut
mungkin susah untuk bertanya
kepada yang lain

tanya diri sendiri:

bolehkah bani melayu
dipimpin oleh najib razak
yang terlubart dalam kes bunuh

soalan ini hanya untuk bani melayu
kerana bani pas
bani pkr
dan bani dap
telah sedia untuk menghumbankan
united malays national organisation

BANI PAKATAN RAKYAT
BERSEDIA
TuduhanDeepak: Projek mega cah keting dalam Umno

Abdul Aziz Mustafa,29 Nov 2012
KUALA LUMPUR:Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Pe! rdana Me nteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu"

"Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'.

"Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya.




-------



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE