TERUS GORENG KES ANAK NAZRI - MAK CIK FELDA FAHAM





KES BUNUH DI GORENG TERUS




KOMENTAR TUKAR TIUB
ajenda 40 juta ini wajib di mainkan
hingga ke pru13
hati hati jangan sampai nazri letak jawatan
kerana pada masa inio nazri memang dibenci
kalau nazri letak jawatan macam shahrizat
maka dilihat ada perubahan




KENYATAAN KETUA PENDAKWARAYA HONG KONG MENGESAHKAN PIHAKBERKUASA MALAYSIA MENGHENTIKAN SIASATAN TERHADAP DATO SERI MUSA AMAN DAN MICHAELCHIA

Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yangdisiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk Hong Kong Willing ToRe-open RM40m Case bertarikh 20 November 2012. Laporan ekslusif tersebutmemuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kongmengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato Seri MusaAman dan Michael Chia.

Dari laporan dan wawancara tersebut, beberapa perkara kinidapat disahkan:

1. Pihak berkuasaMalaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau k! edua-dua nya sekali) yangmemaklumkan kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawawang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno

2. Wang RM40 jutamemang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidakdisebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Dato SeriMusa Aman (walaupun namanya tidak disebut)

Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan bahawa Dato SeriNazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliaumemaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICACmendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.

Dato Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakankepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan keranadimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalahsumbangan politik.

Apabila pihak berkuasa Malaysia yang memaklumkan perkaratersebut kepada ICAC, ia mengesahkan desas-desus selama ini bahawa ICACterpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripihak berkuasa Malaysia.

Malah, kenyataan Kevin Zervos itu adalah lebih berat, keranaia membayangkan bahawa pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negaraatau kedua-duanya sekali) bersekongkol untuk menghentikan siasatan terhadapDato Seri Musa Aman dan Michael Chia dengan memberikan maklumat yang tidaktepat mengenai wang RM40 juta itu, tanpa siasatan yang telus dan bebas.

Saya juga yakin pihak berkuasa Malaysia tidak pun! menyerah kan bukti-bukti dan hasil siasatan yang menyokong kesimpulannya bahawawang RM40 juta itu adalah sumbangan politik yang berpunca dari hasil yang sahdi sisi undang-undang.
Mengambil kira perkembangan terkini ini, saya menyeru pihak-pihakberkenaan mempertimbangkan perkara berikut:

1. Parlimenmempertimbangkan tindakan sewajarnya kepada Dato Seri Nazri Aziz yang bolehdikira cuba menyalahmaklumkan (mislead) Parlimen dengan kenyataannya bahawaseolah-olah kesimpulan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politikkepada Umno dibuat oleh ICAC sendiri, sedangkan ia dimaklumkan oleh pihakberkuasa Malaysia kepada ICAC

2. KetuaPesuruhjaya SPRM, Dato Seri Abu Kassim Mohamaed perlu berterus terang segerakepada Parlimen dan rakyat mengenai status sebenar siasatan SPRM terhadaptuduhan rasuah RM40 juta dan menjelaskan sama ada SPRM bertanggungjawabmemaklumkan kepada ICAC bahawa wang itu kononnya sumbangan politik kepada Umnosehingga ICAC terpaksa menghentikan siasatan.

Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya HongKong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru.KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan bukti-bukti baruini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh ICAC.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
21 NOVEMBER 2012





Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE