APA YANG KHAIRY TAHU TENTANG PEMBUNUHAN ALTANTUYA?
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa yang khairy tahu tentang peranan najib
apa yang khairy tahu tentang pembunuhan altantuya
kenapa khairy menafikan
dengan penafian ini bermakna khairy tahu sesuatu
apa sesuatu itu?
Kenyataan Umum
28 Disember 2012
MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK28 Disember 2012
Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).
Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.
Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai! dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
------
Comments