SEMUA DI JEMPUT BERSEDIA



PENGUMUMAN
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapal terbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah tempat menginap

sila ikuti tukar tiub
untuk maklumat terkini
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat ter now

segala perincian akan
diumumkan tidak lama lagi


PERHIMPUHAN JANUARI TETAP BERLANGSUNG WALAU PUN TANPA PERMIT KATA AKTIVIS

KUALA LUMPUR, 27 Dis Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetapberlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpapermitdari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahuThe Malaysian Insider,pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yangsudah dihantar minggu lalu.
Akan tetapi, beliau menegaskanwalaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadiumsecara aman.

Saya hanya mengulangi kata MdSabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium, katabeliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakanpengerusi kepada perhi! mpunan t ersebut.

Saya tidak fikir akan berlakuhuru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusifuntuk ini.. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapandengannya jika berlaku, kata Hishamuddin lagi.
Jika perhimpunan ini berlangsungtanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus duniadan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dankumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelangpilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hishamuddin berkata HimpunanKebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hatidengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi danpro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipusemasa pilihan raya akan datang.
Pada sidang media mengumumkanperhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidakberpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.
Kita tidak berselindung memilihtarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benarjika ada yang mengatakan ini politikal.

Adalah jelas ia adalah satuacara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidakakan me! lakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akanmenjadi pilihan raya yang dicuri, kata Hishammuddin.

Aktivis tersebut, yang jugamerupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupunperhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivilbermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan dari menuntut kilangLynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma danpilihan raya bebas dan adil.
Kumpulan ini telah menyuarakantuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasukkerajaan akan datang.

Tuntutan ini masih sah kepadapemerintah akan datang, tolong ingat ini, kata Hishamuddin sebelum menambahbahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunantersebut.

Penganjur mensasarkan satu jutaorang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijauanti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group VentureHoldings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Kumpulan menuntut reformasipilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di StadiumMerdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Najib Razak pada saat akhir.
Peserta perhimpunanwalaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawankawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Perhimpunan tersebut menyebabkanpergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadapkerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.

Dua perubahan besar dilakukanakibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubaluntuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasaterpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atastuntutan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 menganjurkan satu lagiperhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupidan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunanpada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.
Kali ini, peserta perhimpunanberkumpul untuk duduk bantah secara aman di Dataran Merdeka, dimana pihakberkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarangpeserta memasuki kawasan tersebut.

Bercakap kepadaTheMalaysian Insidersemalam,pengerusi bersama Bersih 2.0 Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itut! idak ter libat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besarahli sudah disenaraikan sebagai peserta.

Beliau berkata mana-mana ahliBersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasitiperibadi.

Kita dijemput menghantar wakiluntuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidakmenganjurkannya, katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong olehparti PR - PAS, PKR dan DAP.


-------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE