HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT BUKAN ARAB SPRINGS TAPI MALAYSIOAN DURIANS
PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
himpunan kebangkitan rakyat
akan diadakan di stadium merdeka
bermula jam 2:00 petang
pada 12 januari
semua warga diminta bersedia dari sekarang
tempah tiket bas
tempah tiket keretapi
tempah tiket kapal terbang
tempah bilik hotel
tempah tempat penginapan
turun turun turun
perhimpunan ini bukan arab springs
tetapi malaysian durian
ANAK MUDA PUNK ROCKERS
TURUT SAMA
Sejuta rakyat berhimpun di Stadium Merdeka 12 Januari
KUALA LUMPUR 20 Dis: Himpunan sejuta rakyat akan diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari bermula 2 hingga 5 petang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), umum pengarah program, Mohamad Sabu.
Katanya, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
Saranan tersebut dinyatakan Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.
Kita akan mohon teru! s pada ( pentadbiran) Stadium Merdeka (untuk berhimpun) atas nama Sasterawan Negara, jelasnya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini, tanpa menamakan sasterawan tersebut.


Comments