LAGI UCAPAN MAULUDDUL RASUL NABI ISA



KENYATAAN MEDIA
25 DISEMBER 2012

Perutusan hari Natal 2012

Dalam kesempatan ini KEADILAN mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian Selamat Hari Natal dan sambutlah dengan penuh kegembiraan bersama keluarga, saudara dan juga sahabat handai. Raikanlah musim perayaan ini dalam suasana penuh kekeluargaan dan mesra. Martabatkanlah budaya Malaysia yang berbilang bangsa ini agar keharmonian kaum terus dipertahankan.

Janganlah kita leka dalam musim-musim perayaan ini bahawa keselamatan adalah menjadi perkara asas yang paling utama dititikberatkan. Ini termasuklah keselamatan di dalam dan luar rumah serta di jalan raya. Sudah pastinya musim perayaan ini ramai yang akan bercuti dan sebagainya. Maka KEADILAN mengharapkan rakyat Malaysia sama ada menyambut perayaan ini atau pun tidak, marilah bersama menjaga keselamatan dan berkerjasama dengan pihak berwajib untuk membenteras aktiviti jenayah sosial yang semakin meningkat khususnya ketika musim perayaan.

Oleh yang demikian, KEADILAN sekali lagi mengharapkan kerterbukaan daripada semua pihak untuk bersama-sama dalam agenda membela hak rakyat, tua dan muda tanpa membedakan etnik dan kepercayaan mereka. Inilah dasar kita yang memartabatkan rakyat itu sebagai satu sumber kekuatan bangsa Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden


--------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE