MAHASISWA MULA BANGUN MELAWAN UNTUK JATUHKAN KERAJAAN
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
Kenyataan akhbar
21/12/2012
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) Membidas Keputusan Mahkamah Yang Menghukum Sdr Umar Mohd Azmi secara Berat Sebelah.
Mahkamah Majistret yang menghukum Sdr Umar Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM 1000 kerana dikatakan kononnya menghalang kerja-kerja pegawai DBKL memBERSIHkan Mahasiswa yang berkhemah di Dataran pada bulan April yang lalu.
Kami, GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar yang cuba menghalang tind! akan int imidasi pihak DBKL yang menghalau para mahasiswa yang berkhemah.
Rakan-rakan kami yang berada ketika itu jelas memberitahu tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan sokongan terhadap perjuangan pelajar menuntut pemansuhan PTPTN dan perhimpunan Bersih.
Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk berhimpun, bersuara, dan menuntut keadilan dan pembebasan. Hukuman ini jelas juga satu tamparan kepada kebebasan system kehakiman negara yang hanya mendengar cereka pihak berkuasa.
Kami, di GMPP akan tetap meneruskan sokongan kami terhadap kumpulan mahasiswa yang meneruskan perjuangan untuk penghapusan PTPTN dan penuntutan pendidikan percuma di bumi kita.
Hidup Kuasa Anak Muda &Mahasiswa/i!
Karthiges
Kordinator
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
Kordinator
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
---
Comments