SETAHUN DAHULU - HARI INI
SETAHUN DAHULU - SETAHUN KEMUDIAN
setahun dahulu hari ini
setahun dahulu 25 januari 2011
setahun dahulu pada pagi yang sejuk ini
kau bangun mendobrak kezaliman
setahun dahulu hari ini
kau bangun melakar sejarah dunia
setahun dahulu hari ini
kau bangun menjadi contoh si anak muda
setahun dahulu hari ini
dada kau menahan gas pemedih mata
setahun dahulu hari ini
kawan kau gugur di tembusi peluru
setahun dahulu hari ini
tangan kau menahan kereta kebal
setahun dahulu hari ini
kekasih kau di seksa dalam penjara
setahun dahulu hari ini
bersama deraian aiar mata
setahun dahulu hari ini
bersama haraoan dan mimpi muda
setahun dahulu hari ini
sejuta kau berkhemah di dataran tahrir
setahun dahulu aku rasa bagaikan semalam
setahun dahulu aku hanya merakamkan
setahun dahulu aku hanya membacakan
setahun dahulu aku hanya menontonkan
setahun dahulu kau merubah dunia
setahun kemudian semuanya telah berubah
setahun kemudian mubarak dalam penjara
setahun kemudian anak anak muda seluruh dunia turun ke jalan raya
setahun kemudian soldadu menukar pantalon dan kamiz
setahun kemudian kau masih ditipu oleh jubah dan janggut
setahun kemudian kau masih ditipu oleh serban dan fatwa
setahun ini adalah sekolah untuk semua
setahun ini adalah guru yang afdal
setahun ini adalah detik melihat kembali
setahun ini menyedarkan semua
maka kau pun sedarlah
maka aku pun sedarlah
maka dia pun sedarlah
maka kita pun sedralah
maka kami pun sedarlah
sedarlah bahawa si penindas
sedarlah bahawa kaum pemodal
sedarlah bahawa kaum kapitalis
sedarlah bahawa kaum imperialis
sedarlah bahawa kaum zionis
sedang mencari saudara baru
yang berjubah dan berjanggut
untuk mengantikan yang berdasi dan berpantalon
si penidas si zalim
kaum kapitalis
bukan hanya mahukan darah
bukan hanya mahukan tenaga anak muda
bukan h anya mahukan titik peloh anak muda
mereka ingin memiliki mimpi anak muda
mereka ingin memiliki harapan anak muda
mereka ingin menjadikan anak muda buruh dan hamba
untuk mendirikan bangunan tinggi
setinggi langit
setinggi longokan dinar
setinngi puncak piramid
setinggi tembok aswan
lalu dijanjikan kau bidadari
SALUT UNTUK ANAK MUDA
Comments