WASPADA - PRU 13 - KITA AKAN DITIPU





HANTU INDON DAN BANGLA MENGUNDI






NAJIB MULA UGUT RAKYAT UNTUK PERTAHAN PUTRAJAYA - harakah daily

GOMBAK, 29 Jan: Najib Razak, ternyata telah bertindak menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib itu ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media semalam berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Menurut Tuan Ibrahim, kenytaan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lam! a lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


DARI ARKIB:

NAJIB: APA PUN TERJADI PUTRAJAYA MESTI DIPERTAHAN - mkini
12:16PM Okt 21, 2010

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

NAJIB MINTA BANTUAN BELIA PERTAHANKAN PURTAJAYA - mkini
10:30PM Mei 28, 2011

Perdana Menteri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.



NOTA:
jelas pilihanraya yang akan datang ini
akan menjadi ladang penipuan
dimana gerombolan akan menipu pakatan
untuk meneruskan kuasa

pakatan rakyat yang ketika ini
sedang menjadi pilihan rakyat terbanyak
akan dikalahkan sekali lagi
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi kerana ditipu

kenyataan mat mongol
kenyatan malikul semabab
semuanya menunjukan bahawa
gerombolan akan kalah



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE