PROGRAM AMAL - PROGRAM MELAWAN
JANGAN LUPA SABTU INI
ISLAMIC AID MALAYSIA (IAM)
Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama IKIMfm & Jabatan Muzium Malaysia akan menganjurkan program jualan amal istimewa iaitu Bonanza Amal 'Hope To Walk pada 4 Februari 2012, bertempat di Muzium Negara.
Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung dana perubatan adik An-Nur yang menghidapi penyakit Cerebral Palsy.
Adik An-Nur menghidapi Celebral Palsy sejak dalam kandungan ibunya, sehingga beliau kini berusia lapan tahun. Program amal ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos perubatan adik An-Nur ke Beijing, China. Kos keseluruhan rawatannya pula menjangkau sehingga RM500,000.
Melalui program yang istimewa ini, pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, barang perhiasan, buku-buku, dan lain-lain peralatan rumah akan dijual pada harga serendah RM2. Kesemua barangan yang dijual ini telah disaring terlebih dahulu oleh para sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM).
Selain itu, persembahan artis tempatan, penampilan istimewa penyampai IKIMfm, demonstrasi masakan, dan jualan pelbagai produk akan turut diadakan semasa program sehari ini.
Selain daripada mengumpul dana bagi membantu adik An-Nur mendapatkan rawatan, program santai ini juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan antara sukarelawan Islamic Aid Malaysia dan masyarakat. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan bagi memupuk rasa prihatin dan saling bantu-membantu sesama insan dalam kalangan pengunjung Bonanza Amal 'Hope To Walk'.
Bagi mendapat keterangan lanjut, atau jika tuan dan puan ingin menyumbang p! akaian d an barangan terpakai bagi program ini, mohon kerjasama tuan dan puan bagi menghubungi En. Farouq Zauji di talian 019-3973558 / 03-89485939.
JANGAN LUPA AHAD INI
DAPATKAN BAJU T INI
Comments