KENAPA AUKU DAN PANDANGAN AZIZAN PERLU DI MANSUH
LAWAN DAN LAWAN
USAH SEMBUNYI DI BELAKANG UNDANG-UNDANG , KATA AZIZ KEPADA MB KEDAH - minsider
KUALA LUMPUR, 29 Jan Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.
"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.
"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.
Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.
NOTA:
kita wajib terus mengkritik mb kedah
kenapa ini dilakukan?
jawabnya cukup senang
dalam dasar manifesto pakatan rakyat
amat jelas dinyatakan bahawa pakatan rakyat
menentang rang undang undang auku
dalam buku jingga aka juga dituliskan
penentangan dan pemansuhan akta ini
dalam manifesto dan dalam buku jingga
ada banyak dasar yang di janjikan
banyak dasar ini akan mengunakan wang ringgit
untuk mengimplementasikan dasar dasar ini
manakala pemansu! han auku
tidak perlu guna wang ringgit
taak guna satu sen pun
kuin dalam kedah
kedah dalam pakatan rakyat
pakatan rakyat menentang auku
jika dasar menolak auku
yang tak perlu keluar belanja
walau satu sen pun tak boleh dikotakan
mana orang ramai nak percaya
tentang pemasuhan tol
yang melibatkan berbilion ringgit
mana orang ramai nak percaya
tentang memberhentikan beli senjata
yang melibatkan berbilion ringgit
auku yang tak kena belanja ini pun tak boleh buat!
itu pasal kita wajib tibai azizan
NOTA:
untuk mereka yang mati mati
mempertahan kan azizan
hanya ada satu soalan untuk mereka
tahukah mereka siapa peguam
yang membela 5 anak mahasiswa dari kuin ini?
sila selidik
sila siasat
jangan terperanjat
jika tahu siapa
Comments