Omegay: Pas perlukan PARASIT BUSTER!!
who's u gonna call?...parasite buster!
Zahid setuju dialog UMNO-PAS
2012/01/19
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.
Beliau berkata, UMNO mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.
Sebagai salah seorang pemimpin UMNO, saya bersependapat dengan Nasharudin (bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini
Nasharudin, ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global di sini kelmarin, berkata isu cadangan perbincangan antara UMNO dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia adalah yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini.
Katanya, kepentingan ummah dan Islam mestilah mengatasi kepentingan politik parti kumpulan tertentu kerana ia akhirnya merugikan orang Melayu dan umat Islam sendiri.
Beliau berkata, selama ini ada pemimpin parti pembangkang termasuk PAS lebih mementingkan soal parti daripada kepentingan sebenar umat Islam di samping menuduh UMNO tidak melaksanakan tuntutan Islam.
Katanya, sekarang suda! h sampai masanya pemimpin berusaha menyatukan pemikiran, hati dan tindakan umat Islam di negara ini bagi mencapai matlamat mengangkat martabat agama berkenaan.
UMNO sedia berdialog dengan PAS berkaitan isu Islam di negara ini jika parti itu benar-benar ikhlas tanpa mengenakan syarat tertentu dan memikirkan keuntungan politik sesetengah pemimpin mereka," katanya.
Ahmad Zahid berkata, sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, umat Islam mestilah mengamalkan sikap, pemikiran dan tindakan yang sederhana sekiranya mahu dihormati penduduk dunia yang lain.
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan yang dianggap baik itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi UMNO sebelum keputusan dibuat sama ada UMNO bersetuju atau sebaliknya dialog itu diadakan. - BERNAMA
aku pun setuju dengan cadangan ust nasha. tapi masalahnya bapak segala parasit masih beraja di mata kat dalam pas!. usul kerajaan perpaduan pernah di tolak mentah2 mcm tu je. semuanya di sebabkan parasit2 seperti si kusam dan si selipor buruk!
wally pun dah cakap lupekan aje niat mana2 pihak untuk mewujudkan perpaduan antara pas dan umno sebab ia tak akan berjaya. mmg la tak akan berjaya sampai bila2 selagi makhluk parasit macam dia masih wujud kat dunia nih!.
sebenarnya perpecahan telah melanda dalam pas. sebahagian besar penyokong pas terutama golongan ulama memang tak berpuas hati dengan pemecatan dato hasan ali. rata2 mereka begitu marah kerana pas melepaskan orang yang benar2 berjuang menegakkan syariat islam macam tu je.
begitupunwally slipau tak amik port walhal mereka dalam parti sama!."engkau, engkau...aku, aku"..nampak sangat si murshitdol nak lepas tangan bila mereka tertekan dan tak menyebelahi mereka. sudah tentu ini satu peluang terbuka membersihkan segala parasit perosak serta mengembalikan! maruah parti yang teruk tercemar!
lagi satu masalah..golongan ulama masih malu2 nak bertindak. mereka menunggu seseorang yang tegas pendirian untuk memulakan misi 'pembersihan'. tapi siapa??..adakah ust nasha?..aku harap begitu lah! >:]

Comments