SHAHRIZAT JADI LEMBU KORBAN
SATU LAGI PROJEK GEROMBOLAN

KENYATAAN RESMI
Salam Sdr/i
Saya sertakan reaksi awal mengenai saman RM100 juta yang dikemukakan
oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil hari ini untuk tindakan dan makluman.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi
SKANDAL NFC:
KEADILAN YAKIN UNTUK BERDEPAN DI MAHKAMAH
Saya dimaklumkan melalui media internet bahawa pada hari ini, Dato
Seri Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100
juta terhadap saya dan YB Zuraida Kamaruddin atas penglibatan kami
mendedahkan skandal NFC setakat ini.
Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah
benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang
dibocorkan dari dalam NFC sendiri. Sebelum memulakan siri pendedahan
skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam
KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.
Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk
berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak. Peluang ini
memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa
mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya
penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.
Pun begitu, Dato Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan
mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang
yang didedahkan setakat ini.
Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan
politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus
membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah
beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah.
! Risikony a memang lebih berat di pihak saya dan YB Zuraida Kamaruddin
yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Dato
Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran
jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah
tentu beliau mampu membayarnya.
Jika pimpinan Umno seperti Dato Seri Shahrizat Jalil beranggapan
mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan
mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar. Peluang di
mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak
penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat.
Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato
Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
19 JANUARI 2012
---------------

SHAHRIZAT FAIL SAMAN RM100 JUTA berita hairan
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, i Shahrizat Abdul Jalil memfailkan saman fitnah RM100 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Wanita PKR berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Ia difailkan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di sini, sebentar tadi.
Saman fitnah itu difailkan terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..AKHIRNYA LEMBU MASUK PERANGKAP...kah kah kah..
kah kah kah..AKHIR LEMBU JATUH KE DALAM GAUNG... kah kah kah..
kah ka! h kah... AKHIRNYA LEMBU MINTA LEHER DIPENGGAL.... kah kah kah..
Comments