TERIMA KASEH DATUK T - TERUSKAN LAGI
JANGAN LUPAKAN MUKA MEREKA
ANWAR DICABAR SERAH VIDEO - meloya
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang Trio Datuk T, Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman Trio Datuk T yang terdiri daripada beliau sendiri, Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
NOTA:
apabila anwar di dapati tidak bersalah
keadaan politik jadi kendur
ini tidak baik untuk gerakan massa
dalam usaha untuk menumbangkan satu satu kerajaan
suasana tegang wajib diwujudkan sentiasa
dalam suasana tegang
orang ramai tidak ada pilihan
orang ramai terpaksa menyokong atau menentang
orang ramnai terpaksa membuat pilihan
suasana perlawanan akan muncul dari suasana tegang
justeru apabila saifol membuat rayuan
suasana tegang dan melawan muncul kembali
dan berita tentang video ini baik
ianya akan memanaskan suasana lagi
sebelum mubarak jatuh
sepuluh tahun anak muda bergerak
sebelum suharto jatuh
sepuluh tahun mahasiswa indon bergerak
sejuta umat di dataran tahrir
ialah hasil kerja yan! g lamasuasana di tegangkan
sejuta umat turun di banda acheh
ialah hasil kerja yang lama
suasana di tegangkan
suasana tegang diperlukan
sama seperti anai anai
memerlukan hujan untuk bergerak merobek dinding
nota:
apa jadi dengan apco?
takkan tak rujuk buku manual CIA/Gladio
ini mesti kes malas membaca
kah kah kah
Comments