ANAK YANG HILANG - HATI YANG LUKA
KENYATAAN AKHBAR
27 JANUARI 2013
KES WILLIAM: MASYARAKAT PERLU BERTINDAK
Anak adalah satu anugerah Tuhan yang tidak dapat dinilai. Tidak ada gambaran yang boleh saya katakan tentang kejadian yang menimpa terhadap adik William Zhen Zhong. Semoga ibu dan bapanya tabah dan kuat untuk mendepani berita sedih ini.
Apakkah yang boleh kita katakan tentang perkara ini yang terjadi kepada kanak-kanak yang baru sahaja berusia 6 tahun?
Sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita. Sikap tanggungjawab mestilah disemai sepenuhnya untukk memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku. Ianya sungguh memberangsangkan apabila ramai pihak yang berbeda pendirian politik menggunakan sepenuhnya media sosial untuk membantu menghebahkan berita kehilangan ini, walaupun kita masih lagi gagal untuk menemui adik WiLliam.
Masyarakat setempat, ibu bapa, penjaga haruslah lebih berwaspada dan sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat di mana jua berada terutamanya di tempat-tempat yang sesak, taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.
Masihkkah kita ingat misteri kematian adik Nurin (2007)kehilangan adik Sharlini (sekitar tahun 2008) dan kematian ngeri Adik Nurul Dirah yang dibakar (2010) ? mengenang kepada 3 peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Marilah kita sama-sama berdoa agar perubahan dan keselamatan di negara kita terus dipelihara.
Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikkan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikkan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tek! ad untuk membanteras. Jika perkara ini menjadi agenda keselamatan awam, maka semestinya pihak berwajib PDRM digesa untuk memastikan tidak ada lagi kehilangan dan pembunuhan yang melibatkan anak-anak kecil.
Justeru, marilah kita bersama-sama berpegang tangan, berganding bahu untuk terlibat secara total dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam melindungi kanak-kanak. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama.
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
----
Comments