DIA LAHIR DI CHOO CHENG KAY
DIA LAHIR DI JALAN CHOO CHENG KAY
neneknya sarat mengandung
lalu aku berikan tempat
untuk bersalin
ibunya lahir ditepi bilik hotel aku 6 tahun dahulu
ketika itu aku menginap di kepala batas
lalu aku bawa pulang ibunya ke kuala lumpur
lima tahun dulu dia lahir
mukanya macam siti nurhaliza
maka aku namakan dia siti
manja
kecil dan tidak cerewet
suka tidur di wilayah yang tinggi
ini kerana neneknya suka tidur diatas pokok
hari sabtu yang lalu
tanpa disedari siti telah
meninggalkan rumah kami
kini telah lima hari siti menghilang
telah berkali kali aku mengeledah
mencari dan mencari
kesedihan ini aku rakamkan
kesedihan ini aku tuliskan
agar beban sedih ini berkurangan
ingatan ingatan aku terhadap siti
mencurah datang
aku penuh kerisauan apakah
si siti ini mendapat makan
apakah si siti ini tidor ditempat yang panas
semua ingatan ini
menitiskan air mata
------
Comments