TIPU PILIHAN RAYA - TURUN KE JALAN RAYA
TIPU PILIHANRAYA
TURUN
KE JALAN RAYA
500 RIBU SATU AMARAN
Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya. Percubaan untukmengagalkan telah gagal. Seramai 500,000anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan diStadium Merdeka. Saperti biasa mediamilik United Malays National Organisation akan membuat pelbagai kesah, lawak dandongeng.
Dari awal lagi telah dijangkakan Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlahyang hadir. Sama ada 700 ribu atau 500ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak. Ini bukan peraduan mengukur berapa kilo berat badan Rosmah Mansor. Yang saheh dan penting ialah 500,000 warga tua dan muda anak semuabangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanianmereka bangun melawan United MalaysNational Organisation.
Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh telah memecahurat kentot berfikir untuk menganjing HKR112. Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanyaberkeupayaan untuk menamakan HKR112 inidengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar ini diberitakan telah menetas dari mulut KetuaPenerangan United Malays National Orgaisation.
Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yangmemerentah hanya ke tahap himpunan shamsidar maka jelas negara Malaysia kita ini sedangberada dalam bahaya. Percubaan bangangsaperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari bahawa negara kita kita sedang dikemudikanoleh ! Mamat-Ma mat Remeh bin Temeh yang memiliki lubang kosong diantara dua telinganya.Paling menyedihkan ada diantara MatRemeh ini telah berjaya menyamar sebagaiKetua Penerangan dan menjadi Menteri.
Justeru, mari kita lupakan jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajibkita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.
Saya telah merayau dari pekan ke kampong untukmengelodak, mengecar danmenghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya ituberjaya. Tim menghasut - dari partipolitik, Ngo dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun keKuala Lumpur. Saya tepok dada tanda puashati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat: yang capek mamakai tongkat, yang pekaktertanya-tanya, yang buta diheret teman,yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang Cun dihurung Balak, Yang Cool membawa spanduk - semuaberjalan untuk memasuki Stadium Negara.
Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak danberdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak danbedebar-debar bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramaiorang yang datang. Saya akui disini jumlah 500,000 yang turun keKuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang menakutkan ialah kita berhimpun dalam kawasan bertembok danberpagar.
Saperti yang telah saya tuliskan dahulu, bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubahlanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, padahari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilangbagitu ! sahaja. Tak tahu hujung pangkal.Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.
Manakala si Najib pula telahmangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar resmiyang dikeluarkan, dari sudut semiotik perhimpunan ini adalah satu penghinaan kepada Orang India. Utusan Malaysia denganbangga tetapi bodoh telah memaparkangambar Orang India sedang berebut-rebutuntuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksaberebut-rebut menghulur tangan untukmendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej kebuluran dalam negara dunia ketiga yangselalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.
Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat memukul gendang - United Malays National Organisation terpaksamenari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.
Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak adatembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan cecair kimia?Malah ada anak-anak muda merasa HKR112ini kureeeng cool tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda inibiar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.
Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru.Turun berdemo ke jalan raya ini bukanombak politik baru di tanah air kita ini. Dizaman British lagi Hisbul Musliman,Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anakpelajar, agamawan telah mengunakan jalanraya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays NationalOrganistion sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentangpenubuhan Malayan Union pada tahun 1946.Wajib juga saya surahkan disini ketika abang adik kyusukmendengar ucapan dari pemimpin Ngo dan Parti Politik - sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalamStadium Merdeka Sabtu lalu adalah hasildari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, butamata, patah tangan, patah kaki,dipenjara , malah ada yang telah ditembak matiketika berdemo. Sabtu lalu adalahpenyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan di jalan raya. Hak ini ditulis jelas dalam perlembagaan. Tetapi selama 54 tahun ini United Malays National Organisation telahmenafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam Perlembaaagn Malaysia.
Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas, kimia, penjara dan mahkamh telah digunakan untuk menakutkan orangramai. Bertahun-tahun orang ramai telahberjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah ditakut-takutkan dengan konsep menggulingkankerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan dengan konsep menjatuhkan kerajaan. Orangramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untukmemastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.
Tersenyumlah - keranasemua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagiyang takut untuk menggulingkan kerajaan.Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya. Telah saheh turun ke jalan raya untuk berdemo telah menjadi budaya politik kita.
Jumlah 500,000 adalah 500,000 yang mewakili anak semua bangsa. Mereka telah bertekad danbersetia dengan membaca Deklarasi 12Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays NationalOrganisation dan kuncu-kuncunya jika Barisan Nasional menang dengan jalanmenipu dalam PRU13 ini.Amaran ini amat jelas terpampang besar untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untukyang tidak berada dalam stadium, untuk yang dirumah atau diluar negara Kain Rentang Amaran ini boleh dilihat dalampuluhan rakaman gambar dan klip video yang sedang mengampoh di alam maya.
Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu - ayat inilah yang tersirat dan tersurat.Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengankata-kata diplomasi. Amaran inidinyatakan dengan jelas dan terang.Amaran ini ditujukan kepada United Malays National Organisation.Inilah amaran HKR112.
Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat orang ramai yang turun ke jalan raya telahmemberi amaran agar mereka tidak lagiakan ditipu saperti dalam pilihan raya yang lalu.
Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutanpelbagai Ngo. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalampenggumpulan kesemua kemarahan, kesemuaketidak puashatian dan keresahan warga yang selama! ini mer asakan diri mereka telah ditipu dan ditindas oleh United Malays National Organisation.Malah, tuntutan dariNgo-Ngo ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis Ngosedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup masih ada walau pun kerajaanPakatan yang berkuasa. Bagitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanahorang kampong di Pengerang akan terus dirampas walaupun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untukmengingatkan Pakatan Rakyat bahawa rakyat melihat dan memerhati.
PRU13 ini dijadikan sasaran induk kerana telah jelas dengan bukti-bukti yangsaheh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu. Benteng akhir pertahanan United MalaysNaztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah carauntuk Barisan Nasional menang.
Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan konsep non partisan atau tidak menyebelahimana mana pihak. Untuk rakyat tertindas,untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampong halaman dirampas untuk kesemuaini jelas dan terang mereka memihak memihak bersama-sama sesiapa sahaja yangingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.
Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kitabukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian. Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga. Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagioleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak. Bunga durian ini bukan hanya 500,000jumlahnya - malah berjuta akan turun kejalan raya.!
Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPRsebelum menjalankan projek tipu kerana mendapatarahan dari United Malays National Organisation sila lihat dahulu gambar-gambar dalamklip YouTube tentang HKR112. Bertenang dan fikirkan - yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satujanji. ( TT)
NOTA:
tulisan ini terlah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
------


Comments