TEKNIK PENIPUAN DI SABAH TELAH DIBAWA KE SELANGOR
TIPU PILIHAN RAYA
TURUN KE JALAN RAYA
.jpg)
Kenyataan Akhbar , 22 Januari 2013
SRD SABAH: SPR dan Kerajaan Wajib Jawab
Semua Tuduhan
BERSIH 2.0 terperanjatdengan tuduhan-tuduhan terbaru yang dibuat dihadapan Siasatan SuruhanrayaDiRaja Sabah SRD SABAH. Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yangmenuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersubahat memberikan status warga negara dandokumen kerakyataan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah. Wargaasing ini menjadi warga baru untuk diletakan di kawasan-kawasan seluruh Sabahdengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah Pengundi Muslim.
Kami sedar SRD SABAH masihberjalan. Walau bagaimana pun, BERSIH 2.0 menyeru Suruhanjaya Pilihan Rayauntuk menjawab tuduhan-tuduhan ini dengan segera.
Orang ramai sedang menunggujawapan SPR terhadap tuduhan-tuduhan ini. Tuduhan-tuduhan ini amat berat. Keyakinan orang ramai terhadap SPR amatrendah. Tuduhan-tuduhan baru ini semakin menghakiskan lagi keyakinan orangramai terhadap SPR. Tuduhan ini akanmemperlekeh keupayan SPR untuk menjalankan pilihan raya.! div>

---
Kami menyeru SPR untukmenjawab:
-Bersihkan senarai pengundi. Sebelum SRD SABAHselesai, kita akui bahawa ini bukanlah kali pertama tuduhan dibuat tentang senarai pengundi Sabah yang tidak diyakini.Pada tahun 2001, bekas ketua menteri Sabah Yong Teck Lee telah mengosongkankerusinya di ADUN Likas satelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan mengharamkan senaraipengundi Likas yang penuh denganpengundi hantu dan pengundi bukan warga Malaysia. MERAP the MalaysianElectoral Roll Analysis Project, yang dikepalai oleh Dr Ong Kian Ming, tahunlalu telah mempertikaikan ketelusan senarai pengundi Sabah. Ini sesudah lebihdari satu dekad kes Likas disebut di mahkamah Kota Kinabalu.
-Sila beri pandangan yang serius terhadap tuduhanini. SPR wajib dengan segera mengambil langkah untuk membersihkan senaraipengundi.
-Menjalankan siasatan yang telus dan rapi tentangsemua tuduhan-tuduhan ini. BERSIH 2.0sedar bahawa SRD Sabah tidak adabidang kuasa untuk mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab memberikankerakyatan segera kepada warga asing. Jugatidak ada keupayaan untuk mencadangkan hukuman terhadap orang-orangjahat ini. Atau menyelidiki apakah ganjaran yang diterima satelah membuat kerjajahat ini dan satelah mendapat kad pengenalan. Lagi pun, siasatan ini hanyaterhad kepada Sabah.
Justeru, SPR wajib bekerja dengan kerajaan untuk memastikan pekerja SPRbebas dari memiliki hubungan gelapdengan gerombolan-gerombolan yang berkerjauntuk mengeluarkan kad pengenalan segeradan status kewarga negaraan segera. Pekerja SPR yang terlibat wajib dibawa kepengadilan.
Semua tuduhan ini amatberat. Jika benar, m! aka ada lebih dari 100,000 pengundi hantu yang akanmengundi dan membuat pilihan. Kehadiran pengundi hantu ini akan memperlekehsistem pilihan raya Negeri danPersekutuan. Keputusan pilihan raya ini amat-amat disangsikan. Dalam masa yangsama, BERSIH 2.0 telah menerima banyak laporan dari orang ramai tentang pekarayang sama berlaku diseluruh negara.
Kajian dari MERAP menunjukkan pekara yangsama juga sedang berlaku di Selangor.
Justeri, kami menyeru SPRdan kerjaan untuk melancar siasatan sama ada Ops Durian Buruk telah juga diguna pakai di Sarawak dan diSemenanjung. BERSIH 2.0 menekankan disinitentang masa yang amat singkat untuk membuat siasatan kerana pilihanraya umum akan sampai. Kami sekali lagi menyatakan kesediaan kumpulan masyaraktmadani untuk membantu membersihkan senarai pengundi.
BERSIH 2.0 menyeru SPRdan kerajaan untuk memandang berat semua tuduhan-tuduhan ini. Pilihan raya yangbersih dan adil bukan hanya permintaan parti politik. Pilihan raya bersih danadil ada hak semua warga Malaysia
Terima Kasih

---

Comments