TIPU PILIHAN RAYA - KITA TURUN KE JALAN RAYA
ANAK MUDA BERSEDIA
PAK CIK MAK CIK BERSEDIA
ABANG KAKAK BERSEDIA
TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
TIPU PILIHANRAYA
TURUN KE JALAN RAYA
Orang ramai tidak perlu takut-takut. Orang ramai dan bakalpengundi tidak perlu lagi berselindung apabila berhadapan dengan United Malays NationalOrganisation. Bakal pengundi juga tidakperlu meminta maaf apabila ingin mengatakandalam PRU13 yang akan datang ini nanti penipuan undi akan dijalankan.
Penipuan undi yang akan dijalankan dalam PRU13 ini nantibukan satu tuduhan melulu. Hari ini secara hitam puteh saya berani menulismengatakan bahawa United Malays National Organisation hanya akan menang dalamPRU13 ini nanti dengan cara menipu. Ini bukan propaganda kosong. Ini bukantaktik perang saikoloji. Keberanian saya berkata - penipuandalam PRU13 akan dijalankan - berasaskanapa yang telah dan sedang berlaku diSabah.
Bertahun-tahun lamanya orang ramai telah mendengar Lebai Desas bin Haji Desus bercerita tentang Pendatang Haram diberi kad pengenalansegera untuk menjadi pengundi di Sabah. Lebai Desas juga bercerita bagaimana orang-orangyang buat kerja ini akhirnya ditangkapdibawah ISA. Mereka dipenjarakan sebagailangkah menutup mulut. Lebai Desas juga berkesah bahawa semua ini adalah racanganMahathir Muhamad. Ada yang memanggil projek ini Projek M. Ada pula yang memanggil ini 'Projek IC.
Minggu lalu kesah-kesah yang selalu kita dengar dari Lebai Desas bin Haji Desus telah menjadikenyataan. Makhluk-makhluk yang ditangkap dibawah ISA dahulu - telah secara terbuka membuatkenyataan untuk memberikan bukti bahawamemang ada pemberian kad pengenalansegera di Sabah.
Nama arwah Megat Joned muncul. Nama Aziz Shamsuddin orangkanan Mahathir Muhamad disebut. Nama Pegarah SPR Sabah juga disebut. Akhirnyadunia menyedari apa yang selama inidiangap desas desus telah terbukti benar. Kenyataan ini timbul dari pegawaikerajaan yang berperanan dalamrancangan jahat memberi kad pengenalan segera kepada pendatang haram.
Kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada siasatan Suruhanjaya DiRaja (SRD) yang sedangbersidang menyiasat kes Kad PengenalanSegera ini. Dunia tidak terperanjat apabila dibuktikan bahawa Mahathir Muhamad telah mengarahkanagar pendatang haram diberi kad pengenalan segera. Projek beri kad pengenalansegera ini bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation menangdalam piliharaya di Sabah.
Telah menjadi jelas kepada umum bahawa kuasa yang selama ini dimiliki oleh United Malays NationalOrganistaion ini berpunca dari penipuan undi. Semenjak beberapa tahun kebelakanganparti Ketuanan Melayu ini tanpa sengan-segan telah mendabik dada memashorkanke seluruh dunia bahawa Sabahadalah simpanan tetap untuk United Malaya National Organistion.Sekarang jelas bagaimana undi simpanan tetap ini dapat dikumpulkan.
Siasatan Suruhanjaya DiRaja (SSRD Sabah) masih belum selesai. Jawapan dari MahathirMuhamad tidak penting. Sama ada Mahathir jadi saksi atau tidak bukan persoalan.Selesai atau belum juga bukan persoalan.Yang penting projek beri kad pengenalanini wujud dan bukan lagi cerita dongeng.
Ha. Ha. Ha. Akhirnya Mahathir katoi. Pada 9 Disember 2011 berita tersebar dalam media arus perdanabagaimana Mahathir dengan muka jambantelah menafikan wujudnya kes pendatang haram yang diberikan kad pengenalan segera. MalahMahathir dari awal lagi telah mengatakan yang dirinya kurang senang denganpenubuhan SSRD. Hari ini semuanya terbongeng.
Satelah membaca beritadari Sabah ini maka saya ingin membawapara pembaca kembali kepada PRU11.Dalam PRU11 tahun 2004 dahulu kerajaan Pas di Terengganu telahditumbangkan oleh United Malays National Organisation. Adalah bukan lawak jika saya katakan dalam PRU11, diTerangganu, jumlah semua kertas undi yang dikira melebihi jumlah pengundi yangturun mengundi. Malah jumlah pengundi turun mengundi telah melintasi 90%. Inisatu rekod dunia. Kali pertama jumlahpengundi yang melintasi 90% ini hanyaberlaku di Iraq dibawah Saddam. Kali kedua di Terangganu pada tahun 2004.
Awal tahun lalu pemimpin Pas Mat Sabu dan Yb Mahfuz Omar telah memecahkan berita kepada umum tentang template Projek Terangganu 2004 lalu telah dansedang berjalan di Selangor. Mat Sabu sendiri telah berkata bahawa kerjajahat buat pengundi hantu ini dikepali oleh Idris Jusuh. Bekas MB Terangganuini dipilih untuk Projek Ganu TawanSelangor kerana pengalaman berjaya menipu undi dalam PRU 2004.
Yb Mahfuzpulatelah mengumumkan bagaimana pemberian kad pengenalan segera a laSabah ini sedang berjalan lancar denganbantuan pegawai tertinggi dari PDRM dan JPN. Mengikut kata Yb Mahfuz merekayang terlibat terdiri dari Datuk dan Tan Seri dan sedan! g bekerj a sama-sama dengan ketua-ketua jabatan kerajaan. Mahfuz sendiri tahu alamat pejabat special task forceyang mengedarkan kad pengenalan segera ini.
Kemudian kita juga membaca bagaimana kerjaaan Pakatan di Selangor telah membelanjakan 5 juta ringgit untukmemereksa, mengenal pasti nama dan alamat bakal pengundi. Kerjaan Selangortelah mengarahkan para pembanci mengetuk dari pintu ke pintu diseluruh daerahdi Selangor. Hasilnya telah ditemui 134,000 bakal pengundi yang disangsikan statusnya.
Menteri Besar Selangor telah menimbulkan pekara 134,000 pengundi yang tidak diketahui jantanbetina atau asal usulnya kepada SPR.Jangan ketawa atau menangis apabila mendengar jawapan resmi SPR.
Kalau nama mereka ada dalam senarai pengundi maka merekaboleh mengundi... ini adalah jawapan resmi dari SPR.
Apa yang hendak saya terangkan disini ialah rancangan menipuundi dalam PRU13 yang akan datang inibukan cerita dongeng. Fakta fakta semakin jelas menunjukkan bahawa jika UnitedMalays National Organisation tidak menipu maka parti Ketuanan Melayu ini pasti tidak lagi menjadi tuan. Malah ramai pemimpin Ketuanan Melayu ini akandihadapkan ke Mahkamah.
Untuk terus berkuasa, untuk terus selamat dan untuk terusmenjadi tuan, parti United MalaysNational Organisation tidak memiliki apa-apa pilihan la! gi mela inkan menipu.Sokongan orang ramai terhadap parti Ketuanan Melayu ini telah merosot. Apa sahaja kerja politik yang dilakukanuntuk mengembalikan keyakinan orangtelah gagal.
Paling akhir ialah pemberian 100 ringgit untuk murid sekolah. Hadiah duit kepada muridsekolah ini ingin digunakan untukmengumpul sokong dari ibu bapa. Lihatapa yang terjadi. Ibu bapa yang datang untuk menerima hadiah telah memakai bajuBersih atau baju Himpunan Hijau. Tidakcukup dengan ini para gerombolan dalam Barisan Nasional juga bergaduh sesamasendiri. MCA dan MIC merasakan bahawa parti mereka telah tidak diberi peluanguntuk bersama berjumpa dengan ibu bapadi sekolah.
Melihat apa yang sedang berlaku maka Mat Sabu sebagaiPengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 telah mengeluarkan satu kenyatanyang amat penting. Timbalan Presiden Pasini bukan lagi menyuarakan amaran dari 500,000 yang turun ke jalan raya padaHari Kebangkitan Rakyat. Kali ini MatSabu telah mengingatkan SPR dan UnitedMalays National Organisation agar tidak meneruskan projek tipu mereka saperti yang telah dijalankan di Sabah.
Jika projek tipu diteruskan juga maka orang ramai sesudahmengundi akan turun ke jalan raya untuk berdemo. Apa bezanya demoanti-tipu yang akan datang dengandemo-demo yang telah pernah dijalankan?
Cukup banyak bezanya. Kalau dulu kita hanya berdemo kemudianbersurai. Kali ini jika rakyat merasakan bahawa United Malays NationalOrganisation menang besar dengan cara tipu maka orang akan turun berdemo sahingga pilihan raya baru dijalankan.Orang ramai akan menuntut lembaga SPR baruditubuhkan. Ertinya orang ramai TIDAK mahu menerima lagi kerajaan baru yangmenang dengan cara tipu. De! mo yang akan datang ini adalah demo untuk membawaperubahan. Bukan lagi demo untuk beri amaran. Bukan lagi untuk tunjuk ramai penyokong.
Bukankah tadi telah dikatakan bahawa Ketuanan Melayu inihanya boleh menang dengan menipu? Bukankah Ketuanan Melayu telah tidak mendapatsokongan orang ramai? Betul. Justeru tulisan ini bukan lagi tulisan akademikyang akan membicangkan pro dan kontra saheh atau palsu penipuan itu. Masauntuk membincangkan cara penipuan telah selesai.Sabah telah memberikan jawapan itu.
Maka, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai apadia tanda dan makna demo besar akansampai nanti. Tulisan ini untuk memberi ingatan kepada anak-anak muda bahawademo yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden Pas itu bukan lagi tentang Bersih,bukan lagi tentang Royalti, bukan lagi tentang Felda. Demo ini bukan tentang baju t kuning atau bajut merah. Demo yang akan datang ini ialah demo untuk menamatkan kuasa UnitedMalays National Organisation yang selama ini berkuasa melalui penipuan undi.Demo untuk menamatkan kuasa penipuan United Malays National Organisation ini akan melaungkan :Tipu Pilihan Raya Turun Ke Jalan Raya.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minggun ini sila pukul
talioin 03-22-72-40-42
---------
Comments