BERITA AMAT PELIK
BERITA SEDIH TAPI AMAT PELIK
ANGGOTA POLIS TERBUNUH DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI berita hairan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran Pusat Beli Belah Mid Valley Megamall di sini, awal pagi semalam.
Ketika kejadian jam 6.40 pagi itu, Md Nor Shukor, 57, yang bertugas di Cawangan Risikan dan Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya untuk menghadiri mesyuarat.
Mangsa yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang menimpa anggotanya supaya tampil untuk membantu siasatan.
Pihak kami menyerahkan siasatan kepada Polis Trafik Kuala Lumpur dan sehingga kini mengklasifikasikan kes itu sebagai langgar lari, katanya.
NOTA:
al-fatihah dan segala simpati kita sampaikan
kepada keluarga yang malang
tetapi
cuba baca sekali lagi berita ini
inilah contoh laporan berita oleh wartawan
akhbar arus perdana di malaysia
persoalan:
adakah yang dilanggar ini berjalan kaki?
adakah menaiki kereta?
adakah menaikai motosikal?
berita ini tidak lengkap
melanggar semua hukuam asas mebuat berita
pemberita cabuk itu satu hal
yang lagi cabuk ialah penyunting berita ini
tak kan tak baca?
lalu timbul persoalan
apakh ini kes bunuh
atau kes langgar la! ri?
< br>ketua polis minta bantuan orang ramai
tapi maklumat tak lengkap
macam mana orang ramai nak bantu?
ngooook!
Comments