SIAPA PENYELUDUP ANTARABANGSA
KES MACAM INI HEBOH BUKAN MAIN

TIGA BERANAK PROSES DADAH DIHUKUM MATI meloya
ALOR SETAR 20 Nov. - Tiga beranak termasuk seorang anak perempuan hari ini dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas didapati bersalah atas tuduhan memproses dadah di Lunas, Kulim, lima tahun lepas.
Ooi Hooi Beng, 50, anak lelakinya, Ong Heng Keat, 26, dan anak perempuan, Ong Gaik Kee, 24, kelihatan tenang sebaik Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Azman Husin, menjatuhkan hukuman itu.
Bagaimanapun, tiga lagi tertuduh, Pang Chui Kong, 47, Lim Kim Hee, 50, dan Wong Ah Ngau, 47, dilepaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
POLIS TAHAN ENAM WARGA ASING, RAMPAS DADAH BENILAI RM20 JUTA berita hairan
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga asing dan merampas sejumlah dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM20 juta di sebuah kediaman di Putra Perdana, Puchong dekat sini, semalam.
Menurut sumber polis, hasil risikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, satu serbuan dibuat ke atas kediaman berkenaan kira-kira jam 4 petang.
Difahamkan, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an, namun kerakyatan mereka enggan didedahkan oleh polis.
Mereka juga difahamkan menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Sebelum ini, polis juga berjaya menumpaskan s! atu sind iket memproses dadah antarabangsa dengan menahan 11 lelaki termasuk enam warga asing bersama dadah jenis ecstasy dan syabu di Pulau Pinang pada Jumaat lalu.
Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Narkotik Bukit Aman dan Kedah berjaya merampas dadah bernilai lebih RM20 juta dari dua operasi yang dijalankan serentak di sebuah kilang dan rumah yang dijadikan makmal memproses dadah secara haram di negeri itu.
NOTA:
lihat berita diatas jelas yang tertuduh
telah mendapat hukuman mati kerana dadah
BERITA BAWAH:
berita yang dibawah menghairankan
siapa warga asing ini?
kenapa tidak diberitahu bangsa mereka?
kenapa hendak dirahsiakan?
ini bukan kes 20 sen
ini bukan kes 20 riggit
ini bukan kes 20 ribu rinngit
ini kes 20 juta
20 juta ringgit ini pasti kerja
jumlah sebanyak ini
adalah seludupan jaringan dadah antarabangsa
NOTA:
banyak penyeludup iran telah datang ke malaysia
ramai juga telah ditangkap
yang pelik tak ada berita seperti berita diatas
kita tak pernah baca penyuludup iran di bicarakan
yang kita dengar hanya berita mereka ditangkap
apakah akhbar kita tidak berminat membuat berita
penyuludup iran dibicara kan
jaringan penyuludup dadah dari iran
memiliki jaringan antarabanga
bagitu juga penyuludup dari nigera dan afrika
silap silap penyeludup antarabangsa telah dapat membuat hubungan
dengan orang orang tertentu
orang orang tertentu memiliki pengaruh
sehinggakan kes seludupan ini tak perlu dibawa ke mahkamah
atau akhbar tak perlu buat laporan
warga tak perlu tahu bangsa si penyeludup
Comments