Omegay: SUHAKAM - dah tak kenal hak penjenayah??
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.
Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggongjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.
Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara. - Klik sini
SUHAKAM dah tak dapat bezakan yang mana hak yang mana tidak? tak kira la kalau hak manusia nak membunuh manusia lain pun nak di pertahankan?.main pukul bantai sama rata! kalau macam tu tak payah ada undang2!. biarkan semua manusia bebas buat apa saja. nak rogol suka ati kat tepi jalan, depan orang ramai tanpa rasa takut.tembak orang sesuka ati atas nama hak dan kebebasan??
aku tengok SUHAKAM dah lari dari menjalankan tanggungjawab yang sebenar. mereka dah mula bersikap condong seblah pihak!. kalau macam ni la keadaannya, alamat pembangkang naik lemak lerrr!...adoiyaiiii

Comments