MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI




INI DIA REALPOLITIK




PRU13 INI APA MAKNYANYA

Pada satu ketika yang agak lama dahulu keluarga kami duduk jauh di pendalaman. Di wilayah ini tidak ada akhbar harian. Untuk berita dan hiburan kami ada radio yang menggunakan bateri kering. Sebuku bateri kering ini boleh menghidupkan radio kami untuk sebulan. Bila akhir bulan sampai radio kami mula bersuara rendah atau hilang terus bunyinya kerana kekurangan bateri. Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak akan menjemur bateri ini. Hasilnya - untuk dua tiga hari kami sekularga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi.

Untuk saya kongres Parti Keadilan yang baru berlangsung di Pulai minggu lalu samalah seperti kakak saya menjemur bateri kering. Tiga hari berkongres adalah tiga hari bateri dijemur. Hasilnya, sesiapa yang datang ke kongres akan mendapat tenaga baru. Akan mendapat suntikan tenaga apabila mendengar ucapan-ucapan berapi-api dari pelbagai bentuk mulut naga.

Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR telah jelas menunjukan bahawa PKR telah bersedia untuk menghadapi PRU13. Setiausaha Agung PKR telah beberapa kali membuat kenyataan menerangkan bahawa persedian kali ini lebih mantap dari tahun 2008. Berita saperti ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.

Tetapi sebelum memasuki PRU13 ini biar saya membuat surah agar ahli parti dan juga aktivis PKR akan memiliki satu lagi bentuk pandangan. Naratif yang hendak saya surahkan ini agak jarang dijaja. Kenapa pandangan ini jarang dijaja? Mengikut istilah anak anak muda hari ini pandangan ini adalah pandangan potong stim.

Mana mungkin ketika ahli dan para aktivis PKR berjemur untuk mendapat tena! ga baru saya cuba menjaja pandangan ini. Pasti ianya akan dilihat kurang sopan. Pandangan ini bukan pandangan terantuk baru nak tengadah. Pandangan ini bertujuan untuk membuka mata agar kita semua agar tidak akan terantuk di tiang atau tersepak tunggul dijalan. Inilah tujuan saya membuka surah.

Bagini kesahnya: Pilihanraya ini telah disediakan semenjak tahun 1955 lagi. Pada awalnya sistem pilihanraya peningalan British ini memiliki ciri-ciri yang agak demokratik. Contohnya : di zaman Tunku parti-parti politik dibenarkan berkempen lebih dari satu bulan.

Tetapi apabila parti yang melawan United Malay National Organisation mendapat kejayaan maka telah dilakukan perubahan. Contoh yang jelas ialah masa berkempen ini semakin dipendekkan. Pada PRU 2004 yang lalu para pengundi hanya diberi 8 hari untuk membuat keputusan memilih wakil mereka.

Membuat peraturan baru ini cuba di viagrakan dengan pelbagai hujah. Pada tahun 1974 Parti Komunis Malaya telah dijadikan alasan untuk memendekkan masa berkempen. Menurut lojik SPR ketika itu jika waktu berkempen panjang maka ianya akan memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk berkempen sama. Dalam suasana Perang Dingin ketika itu ramai orang telah menerima hujah palat ini.

Kempen - 8 hari pada tahun 2004 tidak ada apa-apa alasan yang diberi. Mungkin SPR malu untuk memberi tahu orang ramai bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu mahukan masa kempen disingkatkan agar tidak menggangu masa dia hendak tidur.

Sayugia dingati bahawa ditahun tahun sesudah Merdeka dahulu pilihanraya ini dilihat sebagai satu permainan yang menyoronokkan. Ini kerana pada ketika itu harta kekayaan - rial dan dinar - belum lagi memainkan peranan sepenting hari ini. Sistem ekonomi kapitalis belum lagi menjalar ke semua pelusuk. Hari ini sistem ekonomi kapitalis ini telah menyerap ke semua cabang pembudayaan. Dalam masyarakat Melayu sendiri - dari kenduri kahwin hinggalah ke tanah perkuburan ekonomi kapitalis telah d! iterima sebagai pemandu.

Apa yang ingin saya hebahkan disini ialah piliharaya ini sengaja dibuat berat sebelah. Tahun demi tahun undang-undang dan akta baru diwujudkan untuk memastikan pilihanraya ini akan terus menyebelahi parti yang sedang memerintah. Pelbagai peraturan diwujudkan semuanya untuk menyusahkan parti yang cuba memecahkan kuasa monopoli United Malay National Organisation.

PRU12 dahulu telah mengubah semua illusi tentang pilihanraya. Pilihanraya yang sebelumnya dilihat sebagai satu pesta olok-olok dimana rakyat digula-gulakan untuk memilih wakil mereka. Sesudah PR12 dengan jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampok kuasa. Kemungkinan kehilangan kuasa ini telah dan sedang melahirkan satu suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.

Apa yang saya maksudkan dipilihanraya yang lepas-lepas lembaga-lembaga daulah telah digunakan untuk membantu kemenangan United Malay National Organisation. Pengunaan lembaga-lembaga daulah ini telah lama diketahui umum dan bukan satu rahsia lagi. Justeru apa pula yang baru?

Apa yang baru disini ialah lembaga-lembaga daulah ini polis, tentera, special branch, BTN, Kemas dan lain lain sedang merasa ancaman datang keatas diri mereka. Lembaga-lembaga daulah ini bukan satu yang abstrak. Di belakang lembaga-lembaga ini ialah sosok sosok dan individu yang telah membuat harta kekayaan dan dapat cari makan kerana menyokong United Malay National Organisation.

Justeru jika PRU13 ini akan membawa kemenangan untuk Pakatan Rakyat maka disinilah ayat potong stim saya diperlukan. Saya ingin membawa ahli dan aktivis PKR keluar dari berjemur untuk memahami pilihanraya berpandukan realpolitik. Keluar dari berjemur dengan ilusi pilihanraya dan melihat politik terkini dengan berpandukan realpolitik.

Untuk memahami realpolitik ini saya menjemput para pembaca untuk menyelami otak para jeneral yang selama ini telah gemok dengan kontrek-kontrek pembelian senjata! . Selam a beberapa dekad ini para jeneral kita telah berlagak sebagai pakar rujuk membantu Pak Menteri membuat keputusan - sama ada hendak membeli kapal selama dari Sepanyol atau dari Peranchis.

Kemudian cuba selami apa pula agakanya dalam kepala ketua-ketua polis yang selama ini kenyang dengan duit lendir China Doll. Atau kenyang bergendut perut dengan duit hadiah dari tokan penyeludup dadah Iran. Apakah bentuk ancaman yang akan datang kepada mereka ini jika di PRU13 nanti Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan?

Ancaman PRU13 ini juga sedang dirasakan oleh kaum pemodal yang besar-besar. Cuba bayangkan apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ananda Krishnan, Lim Kok Thay anak Lim Goh Tong, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay atau Daim Zainuddin. Selama puluhan tahun ini orang-orang kaya ini telah merembat harta kekayaan negara kerana mereka rapat, kenal dan memiliki talian perniagaan dengan para pemimpin United Malay National Organisation. Jika United Malay National Organisation tewas apa yang akan terjadi kepada mereka?

Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada Sami Veloo dan anak lelakinya Vell Pari yang terlibat dalam pembunuhan seorang pelakon drama Tamil. Apa pula yang akan terjadi kepada VK Lingam, Musa Hassan, Ghani Patail yang selama ini mengunakan polis dan mahkamah untuk membuat jenayah.

Jika United Malay National Organisation disingkirkan dari kuasa pada PRU13 ini - cuba bayangkan apa yang terjadi kepada Mahathir Muhamad. Untuk ini saya meminta para pembaca mengingati kembali sidang akhbar Mahathir Muhamad pada petang 2 September 2004 dahulu bilamana Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buluh. Ingatkan kembali bagaimana saya telah menulis dan menggambarkan Mahathir Muhamad bersendirian dan hanya diiringi oleh isteri dan Mukhriz anaknya. Pada petang itu saya melihat Mahathir Muhamad seperti seperti saekor tikus basah - lokoi dan mengigil takut.

Apakah mereka yang saya sebutkan diatas akan berdiam diri? Apakah mereka duduk ! lena men unggu rakyat meneranjang mereka masuk ke dalam penjara? Apakah mereka tidak merancang untuk memastikan Pakatan Rakyat akan gagal?

Justeru, apa yang saya surahkan ialah gambaran jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 nanti. Kemenangan Pakatan ialah ancaman untuk Barisan. Justeru kerana ancaman yang kelihatan semakin hampir maka Najib Razak kini sedang bekerja siang dan malam untuk membuat undang-undang baru sebagai tembok pertahanan. Contohnya: Rang undang undang Hak Berhimpunan Aman yang sedang dibaca di Parlimen bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa.

Biar saya jelaskan disini : Pada ketika ini warga Indon, warga Bangla telah diberi kad pengenalan untuk membolehkann mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Dalam masa yang sama Rela, Tentera dan Wataniah telah dipasang dibeberapa kawasan stratejik untuk memastikan calon United Malay National Organisation akan menang.

Semua perancangan bertujuan memastikan United Malay National Organisation menang dan terus berkuasa sesudah PRU13. Rancangan ini mendapat sokongan dari SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM. Telah terjalin kerjasama yang intim antara kuasa yang memerentah dengan kaki tangan kerajaan. Ini kerana ketua-ketua atau pegawai tinggi dari jabatan-jabatan kerajaan ini semuanya dikepalai oleh sosok yang telah kenyang dengan projek atau mereka kenyang kerana memasang lukah disetiap projek.

Semua lembaga-lembaga daulah yang sekarang merasa terancam ini akan memastikan Rosmah dan Najib terus berkusasa sesudah PRU13. Orang ramai akan merasa tertipu. Pakatan Rakyat dikalahkan kerana penipuan. Rakyat marah. Anak muda ingin turun membantah ke jalan raya sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Mesir. Sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Tehran. Disini Najib telah sedia dengan undang-undang baru.

Bayangkan merompak kedai Mamak dendanya lebih ringan dari turun ke jalan raya berdemo. Denda kesalahan menunjuk perasaan dinaikan mem jadi 20 rib! u ringgi t. Jika ada YB dari Pakatan Rakyat yang ditangkap dan didenda lebih dari 2000 ringgit pasti mereka akan kehilangan kerusi.

Saya membawa surah ini bukan ingin melembikkan Semangat Pulai yang sedang berkobar-kobar satelah tiga hari panas berjemur. Saya hanya ingin membawa satu pandangan untuk membukakan mata melihat realpolitik. Saya berharap kita semua ada menyimpan bateri sebagai persediaan jika penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat ditipu dalam PRU13 ini. Saya juga berharap ketika kita menyimpan bateri ini ditempat yang selamat cuba bayangkan apakah Rosmah Mansor akan menerima kekalahan di PRU13 dan meninggalkan ratusan beg-beg tangan Birkinnya di Putrajaya?TT

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45





Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE