KAUM BURUH - KULI BATAK KAYAKAN TOWKAY
MAMPOSSLAH KALAU SOKONG LAGI
MTUC ADALAH PERHIMPUANAN DESAK KERAJAAN BATAL PINDAAN AKTA KERJA 2 DISEMBER - minsider
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam, Selangor pada 2 Disember ini tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja 1955.
Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontrak bagi tenaga kerja.
Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi berkata masa dan lokasi telah pun diputuskan semalam.
Kita memutuskan untuk mengadakan pada hari kerja, selepas waktu kerja di dewan Seksyen 19 Shah Alam, kata beliau.Kami memutuskan untuk mengadakan 2 Disember, selepas waktu kerja supaya orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin kesatuan boleh berhimpun selepas waktu kerja, katanya memberi sebab kepada pemilihan tarikh itu.
Sebelum ini beliau berharap agar perhimpunan itu dapat diadakan pada 3 Disember sebagai simbolik kepada dua piket sebelum ini yang berlangsung pada 3 Oktober dan 3 November lalu.
Kami menjangkakan kehadiran sekitar 3,000 orang, kami juga menjemput pertubuhan dan pemimpin sivil agar sertai perkhimpunan ini... MTUC akan menyampaikan mesej yang jelas mengenai pindaan terbaru membabitkan Akta Kerja ini, kata beliau lagi.
NOTA:
kaum buruh telah mula sedar
gulungan pekerja mula sedar
ini petanda baik
ini tandanya gerombolan sedang diasak
ini tandanya gerombolan mengambil yang mengkayakan pemodal
pindaan ini akan: tak ada lagi overtime
tak ada cuti sakit
tak ada epf
boleh dibuang bila bila masa
tak ada dakwa dakwi
betul ke?
tak ada dakwa dakwi?
kenapa?
kerana semua pekerja akan jadi buruk kontrek
semua menjadi pekerja sambilan
tidak ada lagi pekerja tetap
buruh kontrek takada hak
tujuan pindaan ini ilah untuk memastikan
keuntugan maksima untuk kaum pemodal
kalau ini ini tak faham lagi
mapooooslaaaaaaa
Comments