Omegay: Tadika Kemas - Baruk Bian fitnah lagi!
DUN Sarawak: Dakwaan Tabika KEMAS sebar Islam tidak benar
2011/11/21
KUCHING: Dakwaan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian (PKR-Ba'Kelalan), bahawa ada cubaan untuk berdakwah secara halus oleh tenaga pengasuh Islam di Tabika KEMAS yang majoritinya kanak-kanak beragama Kristian, adalah tidak benar.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah, berkata siasatan menunjukkan ada 11 Tabika KEMAS di Ba'kelalan dan hanya tiga orang pengasuh beragama Islam dan dua tabika tersebut mempunyai ramai kanak-kanak beragama Islam.
"Lapan tabika lain, pengasuh terdiri daripada mereka bukan Islam," katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Katanya, sebuah Tabika KEMAS yang mempunyai pengasuh beragama Islam ditempatkan di sana sebagai langkah sementara sehingga ada calon sesuai mengisi jawatan tersebut daripada kalangan penduduk setempat.
Beliau menafikan Tabika KEMAS di Ba'kelalan mempunyai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung kerana semuanya tenaga pengasuh berasal dari negeri ini dan menegur semua Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.
Pada sesi perbahasan minggu lalu, Bian mendakwa ada cubaan berdakwah secara halus di kalangan tenaga pengasuh Tabika KEMAS di Ba'Kelalan yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa sehingga ada yang mendakwa anak mereka diajar berdoa secara Islam.
Bian juga menyuarakan kebimbangan mengen! ai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung yang bertugas di Tabika KEMAS yang boleh menimbulkan konflik keagamaan dan budaya, sekali gus mencadangkan kerajaan meningkatkan pengambilan rakyat tempatan sebagai tenaga pengasuh Kemas.
Dalam perkembangan lain, Fatimah mengumumkan cadangan penubuhan Pusat Pendaftaran dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPAK).
Beliau berkata, tujuan utama penubuhan PPAK ialah untuk memendekkan tempoh kelulusan pendaftaran tadika dan taska di Sarawak.
Katanya, setakat ini tempoh kelulusan pendaftaran berjaya dipendekkan kepada satu tahun daripada tiga tahun. - BERNAMA
Dakwaan memang senang di reka tapi takde bukti serupa le memfitnah namenyeee! kini baruk bian meneruskan legasi anuwar pandikuttimemfitnah sertamengapi2kan sensitivi perkauman khususnya di sarawak. Tindakan Baruk Bianboleh di sifatkan sebagai tindakan terancang untukmencetuskan rasa ketidakselesaan di kalangan warga sarawak. Maklum le PRU dah dekat.
Ini adalah satu lagi bahan fitnah sebagai strategi awal yang cuba di timbulkan oleh anuwar pandikutti untuk meneruskan momentum memfitnah dan mengelirukan pengundi2 sebelum menuju hari pengundian. Aku tak heran pun kalau ada lagi isu fitnah yang akan mereka bangkitkan selepas ini sebab fuckatan dah bernafas mengelupur dalam lumpur! huhuhuhu
Comments